Wednesday, July 31, 2013

USB Cable

Pagi ni dengan semangatnya nak try transfer gambar pakai USB cable original yg NoteII punya. Guess what? Boleh transfer hokey! Laju ja. sigh... xsangka. Sebenarnya, USB cable ni lain2. hihihi.. ade yg untuk charging je kot kan. Well, it is a new knowledge for me. :D

Tak boleh transfer gambar

Masalah IT kedua untuk saya malam ni. Buat saya tak boleh tidur. Jam sudah pukul 3 pagi.

Saya tak boleh nak transfer gambar dari Note II saya ke laptop. Pastu, takboleh bukak gambar dari laptop pulak. Kata format  tak support. Saya syak sebab USB cable. Saya guna yg saya beli kat kedai. Yang cikai punya.Yang original adik saya pinjam. Sigh~  Boleh ke sebab USB cable?
Saya try bluetooth. tetapi nampak gaya, die mintak permission untuk every gambar. Gile. Saya ada 2,000 lebih gambar kot.
Pastu saya try install dropbox. Saya tengok, proses transfer dari Note II ke dropbox pon macam siput je. Sebenarnya saya tak puas hati kenapa tak boleh transfer gambar2 dari NoteII sy ke laptop. Esok saya wajib test pakai cable original tu.

22 Ramadhan 1434 / 2013

Bila dah mula menaip, rasa syokla pulak. Sangat lama blog ini saya tinggalkan. Saya pon tidak mengharap orang ramai untuk baca blog saya ni. Saya anggap blog ini macam diary saya. Walaupun tidaklah macam diary sangat sebab update pon skip2. Tapi,not bad juga. Bila saya baca balik entry lama2, buat saya mengimbas balik kenangan lama. Ok jugakla. Tambah2 cerita masa Nazeem kecil2 dulu. Well, sekarang Nazeem dah 4 tahun 8 bulan. Dia dah sekolah pon. Cepatnya masa berlalu. Tak puas rasanya melayan kerenah dia masa baby. Sekarang dia dah besar. Dah pandai macam2. Terus terang, sangat bangga mempunyai anak seperti Nazeem. Dia ada juga perangai yang buat saya risau, tapi tidaklah serius mana.

Seperti tajuk di atas, sekarang bulan Ramadhan. Dah nak raya pon tidak lama lagi. InsyaAllah. Saya tak ingat saya ada cerita mengenai Ramadhan saya tahun lepas atau tidak. Tetapi, saya nak bagitau yang tahun ni tahun kedua saya mengharungi Ramadhan jarak jauh dengan suami saya. Baju raya kami anak beranak dah siap dah saya prepare dari sebelum puasa lagi. Bukan apa, bulan puasa kalau nak shopping, takut tak larat. Rupanya, steady je puasa kali ni. Last week pegi tawaf One Utama tu, tak penat lansung. Sudahla tak sahur hari tu. Kitorang tak beli pape pon sangat. Sebab dah beli semuakan.Tapi, adalah beli sikit. Mr. Husband beli T-thirt, 2pair seluar tido dan saya beli stokin. Semua tu beli kat UNIQLO. Lebur jugak RM200 lebih.
Pastu, rasa masa berlalu cepat sangat. Tup2 dah 22 Ramadhan. Nasib dah prepare awal2. Kalau tak, mau terkejar2.(Baju raya ja pun yang nak kena prepare)

Oh. Memandangkan memang sangat lama saya tidak update blog ni. So, memangla banyak sangat cerita yang saya nak cerita. Nak letak gambar tapi gambar banyak dalam handphone. So, nak kene transfer dl ke laptop. Boleh je kalau nak tulis dari handphone. Cuma renyah sikit la (kata renyah sebab tak pernah try).Saya nak transfer gambar2 dari handphone ke laptop lah. Nanti kalau rajin, saya upload satu dua gambar.

SHAKLEE : IPOH, TELUK INTAN, HUTAN MELINTANG, SABAK BERNAM

Saya adalah Shaklee Independent Distributor anda (ID:906219) utk COD area IPOH, TELUK INTAN, HUTAN MELINTANG, SABAK BERNAM dan penghantaran seluruh Malaysia.
Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee tidak kira untuk tujuan apa sekalipun, anda boleh dapatkan daripada saya, wakil pengedar sah anda. Pastikan original. Pembelian daripada saya berhak untuk mendapatkan exclusive consultation dan exclusive jadual pemakanan.


Sesiapa ingin menyertai saya sebagai ahli Shaklee tidak kira untuk kegunaan sendiri atau untuk menambah pendapatan boleh menghubungi saya. InsyaAllah, kumpulan saya mempunyai banyak pemimpin2 yang tidak kedekut ilmu malah sentiasa membantu. Bukan sahaja dapat ilmu tentang produk, marketing dan sales malah boleh juga dapat ilmu rohaniah.  


Boleh melawat blog shaklee saya di alamat 
dan like fan page saya di

Cuak sekejap

Tadi try view blog ni. Terkejut sebab tak boleh! Refresh 50x. Try guna mozilla, try guna chrome, try lagi guna IE. Pon tak boleh jugak. Bila type address, kuar website oggix.net. Cakap domain name dah expired. Kalut. Tak pernah tahu yang blogspot ni boleh expired. Ada tulis log in to renew. Walaupun was2.. teetap log in... tp, xjadi pape jugak. die cakap password and username  tak match. So, try la google. Ape benda la oggix.net ni. Rupanya, oggix.net ni shout box yg ada kat template blog ni.
Macam mana nak buat bagi boleh view balik blog ni. Tgh2 malam ni datang idea. Try remove shoutbox tu dari template. taada... dah boleh view balik. yeay! Bijak jugak otak I pagi2 buta ni kan ;)