Sunday, June 26, 2011

Persoalan Agama: Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir

Persoalan Agama: Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir
Oleh Ustaz Zahazan
bhnews@bharian.com.my
2011/06/26

Soalan:
SEORANG kawan saya bertanya soalan berkaitan dengan takdir dan usaha manusia. Pertanyaannya: "Jika memang benar Allah telah mentakdirkan segala sesuatu terhadap manusia, maka apakah erti penilaian Tuhan terhadap usaha manusia?" Bagaimana jawapan patut saya cakap? Boleh ustaz jelaskan maksud takdir mengikut al-Quran dan hadis.


INSAN KELIRU, Melaka.

Jawapan:
ALHAMDULILLAH Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah waba'd. Kalimah takdir diambil daripada kata qaddara yang antara lain bererti memberi qadar atau ukuran. Jika kita berkata: "Allah mentakdirkan", itu bererti "Allah memberikan kadar atau ukuran atau batas tertentu dalam diri, sifat dan kemampuan makhluk-Nya."

Segala sesuatu sama ada kecil atau besar ditetapkan oleh Allah takdir baginya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Furqan ayat 2 yang bermaksud: "(Allah) yang menciptakan segala sesuatu lalu Dia menetapkan atasnya Qadar (ketetapan) dengan sesempurnanya." Dalam surah Yasin ayat 38, Allah SWT berfirman: "Matahari beredar di tempat peredarannya. Demikian itulah takdir/ukuran yang ditentukan oleh (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."

Peristiwa-peristiwa yang terjadi di alam semesta ini, sama ada dari sudut kejadiannya, dalam kadar/ukuran tertentu, pada tempat dan waktu tertentu, itulah yang dinamakan takdir termasuk manusia. Peristiwa-peristiwa itu berada dalam pengetahuan dan ketentuan Tuhan.
Manusia mempunyai kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang diberikan Allah kepadanya. Makhluk manusia sebagai contoh tidak dapat terbang. Ini adalah suatu takdir/ukuran batas kemampuan yang dianugerahkan Allah kepadanya. Manusia tidak mampu melampauinya kecuali jika dia menggunakan akalnya untuk mencipta sesuatu alat. Namun begitu, akalnya juga mempunyai ukuran/batas yang tidak mampu dilampaui. Manusia tetap berada di bawah hukum-hukum Allah sehingga segala yang kita lakukan pun tidak terlepas dari hukum-hukum yang mempunyai kadar dan ukuran tertentu.

Hanya kerana hukum itu cukup banyak dan kita diberi kemampuan memilih, tidak seperti matahari dan bulan sebagai contoh. Maka kita dapat memilih yang mana di antara takdir atau ukuran-ukuran yang ditetapkan oleh Allah itu sesuai dengan kita. Pilihan adalah hak kita.

Sebagai contoh ketika di Syam (yang dimaksudkan dengan Syam iaitu Syria, Palestin dan sekitarnya) berlaku wabak. Umar bin al-Khattab yang ketika itu mahu berkunjung ke sana, lalu membatalkan rancangannya. Ketika itu tampil seseorang bertanya: "Apakah kamu lari dari takdir Tuhan? Umar menjawab: "Saya lari dari takdir Tuhan ke takdir-Nya yang lain." Berjangkitnya penyakit adalah berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan-Nya. Bila seseorang tidak menghindari daripadanya, dia akan menerima akibatnya. Akibat yang menimpa itu juga
dinamakan takdir. Bukankah Tuhan telah menganugerahkan kemampuan untuk memilih?

Syurga dan neraka adalah akibat daripada pilihan manusia masing-masing.
Bukankah Allah menegaskan dalam surah al-Balad ayat 10 yang bermaksud: "Kami telah memberikan petunjuk kepadanya (manusia) dua jalan (baik dan buruk)." Begitu juga dalam surah al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud: "Katakanlah, kebenaran bersumber dari Tuhanmu, maka siapakah yang ingin (beriman), silakan beriman. Dan siapakah yang ingin (kufur), silakan kufur."

Pilihan itulah yang dinilai Allah dan atas dasarnya, Allah menetapkan balasan dan ganjaran. Allah mengetahui segala sesuatu berlaku, sama ada sebelum, sedang dan akan berlaku. Tetapi pengetahuan ini tidak ada kaitan dengan pilihan manusia. Jika seorang pelajar yang diketahui malas dan tidak akan lulus ujian, apakah pengetahuan guru itu menyebabkan ia tidak lulus? Tentu saja tidak. Begitulah pengetahuan Allah yang meliputi segala sesuatu. Demikianlah, wallahua'lam.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kali ni 4am

Hehe~ biaselah. Ble tejage dr tdo, amek ms nk lelap blk. Da tua agaknye. Da lama xupdate blog. Bz. Mmg bz. Kdg2 rs nk benti keje pn ada. Tu kalu fikir pdk :D stress mmg stress. Ble da pnt keje, otak asyik fikir nk rht ble smpi umh. Smpi mengabaikan tanggungjwb sy kat umh..msk mmg da lama sy xwat. Sigh~ wbp, sy cube. Dgn tersgt slow, sy cube gak wat tgjwb tu. Sy yakin, lama2 akan biasa. Nsb baek ada org tlg kemas umh, cuci pgn, sidai bj , kl xde, lg huru hara hdp sy. Sy sgt mengharapkan suatu hr nanti sy dpt dok umah yg dkt ngn tpt keje. Xpnh sy merasa travel p keje 5min gtu. Pendapat sy, travel jauh2 g keje n stress di jalanraya wat sy btambah2 pnt.
Masa kat paloh, sy jd cikgu ganti, jarak umh ke tpt keje 22km sehala. Jalan bengkang-bengkok,selekoh tajam bagai n byk lori kelapa sawit. Tp xda jem. Plg teruk kene follow lori sarat ngn buah sawit. Pastu dtg sini keje kat sri damansara. 27km sehala. Jalan dlm pekan. Traffic lite n traffic jem! Sgt2 stressful! Skrg 47km sehala n kalau ada meeting/taklimat/kursus kat p.indah 72km sehala! Jalan kg yg sempit! Da ssh nk ptg lori berat yg bwk 40km/h sbb double line n mmg xleh ptg sbb byk kete, kl g p.indah ikt hiway tp stil ada jem kat shah alam. Argh~ sgt2 stressful! Sy mmg rs yg driving wat sy sgt pnt! How I Wish my house just nxt to my office mcm sstgh kwn sy. Tp wbp,sy tau, ramai gak yg senasib n lg teruk dr sy.
Semoga sy lbh tabah! Semoga suami dan anak sy jg dpt bsabar dgn sy yg makngai ini. Mereka skrg ni sgt2 memahami. Dan sy sgt besyukur. Thank you ALLAH!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 6, 2011

2am

Skrg koi 2a.m. Jaga sbb nzem amuk hdg die tsumbat. Nmpknye nk kene selsema la tu. Esk da start dok umh 'acik' blk stlh cuti 2weeks. Nsb baek esk mr.hubby yg hantar. Kalu sy yg anta, mau pecah 1 taman dgr suara dia. Happy gle die x p umh acik. Td mlm bgtau die esk die kene p umah acik, trs merengek ckp xnk g. Sigh~ nk wat cane syg.. Ibu terpaksa keje. Tp, sesungguhnya ibu syg ajeem!
So, esok kene prepare bwk bekal ubt sesema n demam. Hmm.. Br je baek dr chicken pox, sambut selsema pulak. Harap2 xteruk sgt lah. Sbb ajeem pantang gle hdg tsumbat. Amuknye bukan maen. Kte yg ssh hati.
Knp mata xngntok ni. Esk keje pg. Owh. Yg pasti, esk mst ssh nk bgn :D sy ni mmg liat bgn pg. Dr muda2 dl mmg sy sk tdo. Nge~ tp sejak ada nzem, mmg xpnh bgn koi10pg. Koi9 pun dlm sthn skali ja. Sbb nzem ni jns bgn awl. Tdo lmbt pun bgn lmbt jgk. Inilah pengorbanan seorg ibu. Muahahaha..
Nzem skrg da pndi ckp. Tp xlancar la. Sy xbimbang lg. Wpn die ckp byk sy xfhm, tp sy tau yg die bole dan nak becakap. Yelah. Nazeem ni mmg lambat bcakap compare to rakan sebaya die. Tp xpela. Take ur time syg. There's nothing wrong. Best jgk ble die da pndi sembang. Byk aksi2 comel die tambah2 ngn suara yg super cute die tu. Happy sgt! Pnh tu die suruh sy lukis gbr excavator. Sy ckp kat die,sy xpndi lukis. Die ckp "nang je bu" (senang je bu). Kagum gle sy! Byk lg. Tp xdpt fikir pg2 bute ni. Ok lah. Tdo dl. Nanti2 smbng lg. Nite2.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 5, 2011

Entry buang masa

Hari ni ahad. Nazeem baru je tido. So, suppose time for me to mandi er.. relax. Tapi, sy rs nak tulis blog wpon xde idea sgt nak tulis ape. Sy percaya yg bile da start typing, mesti idea kuar. :D hmm.. Nazeem nampak mcm da recover from his chicken pox. Amazingly, parut die byk yg da hilang. Sy xtau sbb calamine lotion ke, lukano ke or bio oil. Tp, seriously, parut2 die xde sgt pon. Byk yg da hilang. Die da comel seperti sedia kala. Hehe~ Alhamdulillah. May be jugak chicken pox die xseteruk org lain? Xtaulah. Tp, sy tengok agak teruk gakla. Ade jugak sy bg mandi ngn air rebusan daun semambu. Maybe sbb tu jugak die cpt baik.
Alamak.. da type 1 perenggan dah. Tp, idea belum dtg gak nih. Mungkin sbb belum mandi kot. Hehe~ sy g mandi dulu lah.