Friday, December 19, 2014
Malaysian is going crazy!
Pakai itu bahayakan tulang, pakai ini bahayakan kulit.
ayam kat pasar ada cucuk ubat so tak bagus. kl nak makan ayam kene bela sendiri. sembelih sendiri. bla..bla..
Sunday, February 2, 2014
Catatan harapan
Pastu balik umah. melepak je atas katil. hahaha...
Nak tulis blog memang takde hidayah mahupun seru. Ni pon, patut nak update blog shaklee, tapi.. lagi la otak kering. Macamana lah orang leh senang2 come out 1 entry dgn 1 isu yg simple. cth macam entry pasal tudung.
Nampak mcm, saya ni takde apa yang saya tau sampai isu tudung pon saya tak pandai nak buat entry. sigh~ tapi takpe. tak cuba, tak tau kan.
sebenarnya dalam entry sebelum ni ada saya tulis yang saya terlalu ingin buat blog ni sebagai blog ilmiah. Blog yang orang leh guna untuk buat rujukan. tapi, bukan senang la. sbb saya sendiri pon dok rujuk orang.
Saya perasan yang selalu orang tulis blog ni, cerita mengenai apa yang mereka suka buat, apa yang mereka enjoy buat. betul tak? Ada yang cerita pasal kelas bakery yang mereka pergi, pengalaman backpacker, jenis tudung yang mereka pakai. dan macam2 lagi. Sebenarnya saya sangat kagumlah ngn blogger2 tegar ni. Pasal tudung pon boleh buat satu entry yang ada point dan informasi. Kenapa saya tak boleh? Mungkin sebab saya ni biasa2 saja. Insan marhain. Adakah sebab blogger2 tu ada aura tersendiri? Saya pakai tudung Ariani, ada sikit Fareeda dan selebihnya beli tudung kat gerai2 yang mana rasa berkenan. Dulu2 pakai bawal Kelantan. Seriously saya tak focus pada satu jenis tudung sahaja. Tudung2 tu tudung biasa ja pun. Cara pakai tudung pon biasa. Takde lah style yang cantik2 utk saya ajar pada oarang. Tapi baru je tadi saya terbaca satu entry kat blog seseorang yang cerita mengenai tudung Bokitta. Mula2 saya ingat Bokitta tu sejenis baby wearer. hahahaa.. Sebab orang tu dok cerita pasal baby wearer mula2. Pastu baru je kejap tadi die buat entry pasal Bokitta dan ianya tudung. Itu adalah telah memberi saya satu pengetahuan baru. Bokitta tu adalah sejenis tudung uolls..
Kalau nak beli apa2 pon saya jarang buat survey. hihi.. Apa saya berkenan, apa nafsu saya nak, saya rembat. hahaha.. Yes. I know. It is not good. Husband saya selalu pesan, IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL. sebenarnya contoh terdekat saya ada depan mata. Husband saya tu hidup dia penuh teratur. Dia sentiasa plan. Sebab tu dia tak pernah miss any agenda yang penting. Bukan macam saya ni. Lupa yang minggu tu ada program A tapi dah janji ngn kawan nak buat program B. Husbnad saya juga tak pernah procastinate. Sebab tu kerja dia selalu on time. Saya? huru hara!
Tahun ni saya 31 tahun. Baru nak cuba untuk belajar merancang. Agak2, boleh ke? Buat Shaklee ni memang saya nampak pentingnya merancang. Banyak benda nak kena rancang. Rancang masa, rancang aktiviti. Memang huru hara pon. Dengan kerja lagi, nak pos barang lagi, nak pi beli barang lagi. Saya leh survive la dgn wat semua tu secara huru hara. hihihi.. Saya pon jenis go with the flow. Yelah kan. Dah tak penah rancang. Belasah je semua. Penat!
Nampaknya ending entry ni cerita pasal kehidupan saya yang huru hara. Nothing ilmiah here. Boleh gak la nak jadi rujukan bagaimana huru hara nya hidup anda tanpa planning. :)
Last but not least, dibawah ni la tudung Bokitta. Dia nampak macam tudung belit2, tapi sebenarnya die tudung sarung gak. Canggihkan? hihihi..
Monday, January 6, 2014
Catat kejadian best yg terjadi hari-hari
Macam menarik je... macam best je... so, sy pon menetapkan ia sbg salam satu azam 2014 juga.
Cuma, sy buat tulis dalam buku kecikla. Xdela nak simpan dalam balang bagai.
Baik buat buku kira2 ja.
Ke laut
Nampak mcm dah nak ke laut lah cita2 saya nak 1 hari 1 entry. Hewhewhew... tp xpe..
Perubahan mana leh wat drastik khen. Wat sikit2 lah.
Semalam dari Ipoh ke Hutan Melintang ni. Hutan mleintang ni rumah suami saya ye. Ye..kami dok asing2. Sbb cari rezeki. Xtaulah dah ada tulis dalam post2 sebelum nk ke tak. Wpon 1 negeri. Tapi jauh ya amat. Bontot pon boleh keras. Kadang2 rasa nak muntah. Mcmana tak? Kl dah tiap2 minggu?
Ok. Nak kuar breakfast sat.
Wednesday, January 1, 2014
Asalkan tulis
Saya belum sempat (alasan) untuk buat entry azam 2014. Tapi saya akan buat jugak sbb itu termasuk dalam azam 2014 saya. Hihi..
Satu lagi azam 2014 saya adalah akan post 1 entry 1 hari. Tak kisah la kat blog ni or blog shaklee saya. Sebab tu, by hook or by crook kene ada entry la utk 1/1/2014. Hihi.. Inipon saya tulis sambil baring dan ready nak tidur.
Papepon. Hari ni saya happy sebab saya berjaya mereward diri saya. Walapun xde sebab pon, tapi boleh lah nak kata hadiah hari tahun baru untuk diri sendiri.
Tuesday, December 24, 2013
blur
Wednesday, July 31, 2013
22 Ramadhan 1434 / 2013
Seperti tajuk di atas, sekarang bulan Ramadhan. Dah nak raya pon tidak lama lagi. InsyaAllah. Saya tak ingat saya ada cerita mengenai Ramadhan saya tahun lepas atau tidak. Tetapi, saya nak bagitau yang tahun ni tahun kedua saya mengharungi Ramadhan jarak jauh dengan suami saya. Baju raya kami anak beranak dah siap dah saya prepare dari sebelum puasa lagi. Bukan apa, bulan puasa kalau nak shopping, takut tak larat. Rupanya, steady je puasa kali ni. Last week pegi tawaf One Utama tu, tak penat lansung. Sudahla tak sahur hari tu. Kitorang tak beli pape pon sangat. Sebab dah beli semuakan.Tapi, adalah beli sikit. Mr. Husband beli T-thirt, 2pair seluar tido dan saya beli stokin. Semua tu beli kat UNIQLO. Lebur jugak RM200 lebih.
Pastu, rasa masa berlalu cepat sangat. Tup2 dah 22 Ramadhan. Nasib dah prepare awal2. Kalau tak, mau terkejar2.(Baju raya ja pun yang nak kena prepare)
Oh. Memandangkan memang sangat lama saya tidak update blog ni. So, memangla banyak sangat cerita yang saya nak cerita. Nak letak gambar tapi gambar banyak dalam handphone. So, nak kene transfer dl ke laptop. Boleh je kalau nak tulis dari handphone. Cuma renyah sikit la (kata renyah sebab tak pernah try).Saya nak transfer gambar2 dari handphone ke laptop lah. Nanti kalau rajin, saya upload satu dua gambar.
Wednesday, June 12, 2013
Kembali
Saya mengimpikan sebuah blog yang ilmiah. Pada pendapat saya, kalau saya tulis pasal diri saya pun, tiada apa yang menarik. Lagipun saya ni bukanlah retis. Tiada siapa nak tau pasal hidup saya. Impian saya tu, agak sukar dilaksanakan kerana saya ni bukan lah jenis ilmiah sangat pon. Saya akan cuba menulis 1 post ilmiah out of 10 post yang lagha.
Jumpa lagi deh.
Friday, February 11, 2011
Merapu dengan lebih lanjut
Sebenarnye banyak bende sy nak cite. Tapi sbb terlalu banyak, sy xtau nak start. Salu kan sy tulis mcm ni. Sbb memang pon. Sy cite psl suasana office sy dulu lah ye. xbest ke? xpelah.. topic ni je yg kuar. Yg lain dok dlm otak xmo kuar2. Mcm sy ckp td, sy blm wat keje hakiki sy lg. So, xleh compare la keje sy dl sbg pencacai cha ya nun alif dan skrg pencacai kerajaan. Tapi sy dapat rasakan yg keje skrg lebih syok dr keje dl. tp, sy xkata keje skrg syok. :) gile kan?
Bangunan office sy ni buruk je. Sbb bangunan lama. Lagipon ini cawangan saya. Biasala kerajaan. Suke wat bangunan banyak2 dlm tempat yg sama. hehe.. Taburan staff kat sini, org tua sama byk ngn org muda. Kire ok lah. perangai pekerja kerajaan ni pelik tau. yelah. ni 1st time sy keje ngn kerajaan. sebelum ni pnhla jd cikgu ganti. tp, xlama sgt. xdan nak tau senario sebenar. tp, i guess org sini lg dasyat la kan sbb baru msk xsampai seminggu, sy da leh merasai keseraman org2 keje sini.
Perkara yg plg sy xsuke, dorg2 ni sangat2 busybody ok. sbb ape busybody? sbb dorg nak berlawan2 sape lg kaya. ok.. sy reka je yg dorg nak lawan sapa kaya tu. tp, seriously, mmg busybody tahap gaban.
Situasi 1
10.30 pg (dalam bilik opis) : A ternampak cincin di jari sy. Cincin kawen sy. Harus lah over sikitkan. (Husband sy paksa pakai menandakan yg sy da kawen sbb die jeles ramai org puji sy slim xnmpk mcm org yg da kawen) :8) A cakap " wah..cincin ko..xmengalah!" saya : er.. cincin kawen (muka malu)
11.00 pg (juga dalam bilik) : B masuk bilik dan terus tanya "kaaakkk.. nak tgk cincin kawen..". siap suh bukak n belek cincin tu nak cr tulisan kat belakang cincin tu nak tau emas apa.
sangat terkejut dgn aksi itu. seriously xpnh jumpe.
Situasi 2
H : Kak, g mkn mana td?
Saya : kat kedai tut. (kedai ni mknn mhl sikit dr kedai biasa, tp xla mahal sgt)
H : Dgn sape?
Saya : dgn Y and F (info : F kawen ngn ank org kaya).
H : F mkn lauk ape kak? (dgn nada menyibuk)
Serious sy xfhm. knp sampaikan org mkn lauk ape pon ko nk menyibuk? sy yg mkn ngn si F tu pon xperasan die mkn ape. lsg xterlintas di hati nk kesah ape die mkn.
byk lg situasi2 lain yg xpyhla nk cite. kalau rajin sy cite. :) sy kan malas.
Yang plg best, keje sini xdela risau2 bos nak marah sbb bos sy sgt baik. Dulu tpt keje lama salu pikir nak keje bg bos suke. :( mustahilla nak suke. keje mcmana pon, xkan sukenye..
alamak.. masa mencemburui sy. terpaksa stop kat sini. sorryla kalau boring. tengah belajar cara2 nak tulis bg best. sbb suke sgt baca blog org lain. nak jd mcm dorg gak.
Friday, May 21, 2010
Old stories
Itu je lah kot aktiviti kitorg kat PD tu. Mandi pool n mkn seafood. hehe..then balik umah.
Sejak da umur 17bulan ni, perangai Nazeem, xyah citela.. phew~ hnye Allah je la yg tau. tp, sbb sy ni ibu die, bole lg la sabar. Selagi sy mampu layan, sy layan. Cume abis tenaga la jgk. Yelah. kalu kat umh, lsg xdok diam. ade je aktiviti menyepahkan umh di watnye. kalu nk mkn, nk mkn sndr. xnk die suap. xnk mkn dlm pinggan elok2. Mst kene tuang ke lantai, baru die puas hati.
kalau dok ats high chair ni, sama ada die tuang ke perut atau pon ke lantai. kalu dok mkn ats lantai, confirm akan tuang ke lantai dan mkn dr ats lantai.
Kalau bwk g jln, mmg lsg xnk dok dlm stroller atau dukung. tgk ank2 org lain, baik ja dok dlm stroller. Nazeem, mst nak berlari2 satu mall tu kalau bole! lsg xpnt! kalu jalan tu nk ikut kite, xpela jgk. Ni, suke ati die je nk p mana. pehtu,lsg xtakut pulak tu. Kdg2 sy n Mr. Hubby wat2 sembunyi belakang tiang ke nk tgk reaksi die. kot la die nk cr makbapak die. mimpi... lsg die xkesah. adoi... sy yg bersemangat luar biasa kl bab shopping ni, pdk kata, xde ape yg leh halang sy kl sy nk shopping. TETAPI.. Nazeem..leh wat mood sy hilang utk shopping. Mcmana nk tgk brg? kl nk kene cekup die je? mmg potong abis la!
hmm.. ape lg ek? pasal Mothers day la pulak. Kirenye, ni thn ke-2 la sy celebrate Mothers day.
sgt happy dpt jd ibu kpd Nazeem Zariffudin ni. Wpon sgt active, tp, tetap syg die dgn sepenuh jiwa sy. rs mcm diela nyawa sy. hrp2 jgn hyper active da lah. Ms hr sabtu tu, tgh siap2 nk kuar, tbe2 Mr. Hubby bg card ni. Sgt terharu~ =) & dpt present lg... dapat baju warne pink! sgt cantik! Tq Mr. hubby! Love u both, abah & nazeem!
amik pakai camera hp ja. and malas rotate.
ni pon x rotate. hehe~
Thursday, May 13, 2010
Caca merba

Takat tu je kot cite sedey sy. Sy harap, ms dpn sy akan lbh baik dr skrg.
Hari ni hari Khamis, mcm biasa, Abah Nazeem cuti. So, nazeem xp nursery. Hari ni ade kenduri sembelih kambing kat opis Abah Nazeem. Nazeem pon g ngn Abah utk memeriahkan suasana. tapi, xde gambar la pulak sbb Abah Nazeem kata xsempat kunun. Mcm tu lah kalau Abah yg jaga Nazeem, nk SMS pon xdan. hehe~ dasat kan?
Nak cite psl Nazeem, tp rsnye nk cite dlm entry baru lah. xnk combine ngn cite sedey sy ni. nth bile la pulak sy nk ade ms nk tulis blog lg. nthla. hehe~
post sekerat
.jpg)
Di atas ialah gambar anak bujang sy. kacak lg bergaya bukan? hehe~ sape lg nak puji anak sy ni.. sy selaku ibu die jela yg syok sndr.
**************************
Post di atas sy tulis 2 minggu lepas. haha~ hr ni br publish. tu pon xabis. xkuasa nk sambung. da lupe nk cite ape.
Tuesday, January 12, 2010
Tiada tujuan

Ni la cloth pad tu. Cantikkan?
Line Celcom berukband ni pon mcm hampeh dah ni. Kang pnt2 sy type, xleh nk save pulak. Xsangka, dlm xde2 bende nk ckp, pjg lebar gak sy mampu merapu. Bgs2!