Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 21, 2009

Takdir

Mungkin sbb knyg. Td bl ns kerabu kat pasr mlm.. sgt sdp n byk. Abis! tu psl mlm ni blm lg rs nk tdo. Dlm post sy yg ni, ade sy ckp nk cr info tntng TAKDIR kan? Mlm ni rs nk bc psl tu. So, start googling la.. jupe satu post kat blog ni.. sy copy je la ye.. best pulak. Sy bc post ni je. xbc pon post2 laen. malas.

*******
"Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar.

Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu. Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa."
*******

Penerangan kat atas wat sy lega =) Cuma belum terjawab pertanyaan sy... ke sy yg kurang faham? Bole ke ubah takdir? Kalau ikut ayat kat atas, ade ckp yg kte xleh elak takdir... confuse lah.. mcmana nk tau tu adalah takdir. Contohnye... sekarang sy xkeje.. adakah ini takdir sy? xperlulah sy ssh pyh cr keje dah?ataupon sy yg kurang berusaha utk dptkan keje? kalu sy kurang usaha..mksdnye sy kene usaha lbh dan itu jgk bermaksud takdir sy adalah sy bekerja? hmm.... sefaham sy..ade tulis kat atas yg kite leh cube ubah keadaan kite skrg tp kalu xbubah jgk mksdnye itu yg terbaek wat kte.kan? hmm.. tp... mcmana pulak kalu tahap usaha tu kureng? sbb tu nsb xbubah... tp kalu usaha lbh..nsb akan bubah... jd..mana satu yg ditakdirkan utk kte??? mcmana nk tau usaha kte tu kureng ke lebih2 da ke?

Cari2 lg..jupe lak perkataan NASIB. hmm.. Ape beza nasib vs takdir? bdsrkan sy bace kat sini, nasib tu boleh diubah dgn usaha yg gigih. Takdir pula telah ditentukan oleh Allah dan xleh diubah lsg! hmm... Mcmana nk tau sst situasi tu nasib atau takdir? Seseorg tu miskin sbb takdir ke atau nasib??

Kesimpulan yg sy dpt wat adalah...kte kene usaha dgn gigih segigihnye utk ubah hidup kte. Kalu smpi mati pon nasib tu xubah, mksdnye itu adalah takdir... kte xkan tau itu nasib ke takdir smpi la akhir hidup kte br tau. btol ke ek kesimpulan sy tu? sy xkan tau yg sy ni xdpt keje sbb nasib ke sbb takdir smpila sy mati. Kalu sy mati still pgg tittle menganggur, mksdnye da takdir sy menganggur. huhu~

No comments:

Post a Comment