Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 23, 2013

Samsung vs Apple

Nak buat posting review pulak. Tak penah nak review2 benda ni sbb jarang beli benda yg sama tapi brand lain2 dan kemudian buat perbandingan. Yelah. Kalau nak buat comparison, better try dulu baru buat comparison review. Ye x?

Ceritanya macam ni, masa mula-mula keluar tablet samsung dulu. tak ingat la tahun bila. 2010 ada? ke 2011. Masa tu keluar Samsung Galaxy Tablet 10.1. Actually saya mencari mobile VCD player. Nak bagi ajeem tengok. Ye lah. Dia kan suka tengok Ultraman. Jadi, ingat nak beli la VCD player yang kita boleh bawa kemana2. Senanglah sikit Ibu dia nak shopping kan. hihihi.. Masa tu jalan2 la kat Digital Mall, PJ. Jumpa pulak Tablet Samsung tu lah. Hati pon terberkenan. Kiranya masa tu mmg tak ramai pon lagi yang beli Tablet ni. Kira saya antara yang terawal la beli. :D Fikir2, ajeem leh tgk youtube kat dlm tab tu. So, serve the purpose jugalah. Mr. Husband pon approved beli tablet tu. 


So, gunalah tablet tu. Actually Ajeem la yg banyak guna. Tgk youtube, tgk upin ipin. kitorg download je cite upin ipin & ultraman dalam tu. so, kalau takde Internet pon, leh tengok jugak. Dia download game. Main game. Sampai sekarang pon still guna tablet tu. Ok la. Memang kitorang takde masalah pon. Pastu December 2012, Mr. Husband belikan saya Note II. Masa tu pon Note II baru kuar gak. After a few month, Mr. Husband pon rembat satu lg Note II utk diri dia sendiri.
Tapikan, sejak 2013 ni. Ramainya orang dok agung2kan iphone dan ipad. Memang ada orang cakap, kalau nak bergaya boleh pakai Apple, kl nak lebih practical pakai Samsung. Tapi, mana tahan kan, kalau surrounded by org yang pakai Apple and doookk la cakap pasal Apple bagus.. bla..bla..bla.. Even Nazeem yang taktau pape pon doookk la request nak Ipad lepas die main Ipad pak Jang dia. Haish~
Sempena birthday Ajeem yg ke5 Dec 2013 hari tu, kami beli la Ipad Air. Pon, Ipad Air ni hanya beberapa hari je berada dalam pasaran. hihihi..



Sorrylah, panjang2 korang baca. Point penting hanyalah dalam paragraph ini. hihihi... Saya baru sangat la pakai Ipad Air tu kan. Tak sampai sebulan lg. Tapi, setakat ni, saya tak nampak lagi kelebihan Ipad Air ni. Apa apps yang FREE semua samsung leh bagi FREE. Banyak yang samsung bagi free tapi Ipad kene bayar. Ok. Ipad sy tak jail break. So what? Sy tak perlu void waranty my samsung utk dapat apps yang sy nak. Kalau apps education dalam Apple, kebanyakan yang free semua tak full. Kalau nak full, kene beli. Samsung pulak yang mana free, free lah. xdenya nak bagi free separuh2.
Saya juga rasa Ipad ni macam tak user friendly. Maybe banyak benda saya kena belajar lagi. Mungkin saya dah lama pakai Samsung? Kalau saya jumpa kelebihan Ipad, pasti saya akan buat satu entry berkenaannya ok?

Yang pasti, gadget2 macam ni banyak bantu saya. Kenapa? sebab saya jual Shaklee. :)

Saya adalah Shaklee Independent Distributor anda (ID:906219) utk COD area IPOH, HUTAN MELINTANG, TELUK INTAN dan penghantaran seluruh Malaysia. Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee tidak kira untuk tujuan apa sekalipun, anda boleh dapatkan daripada saya, wakil pengedar sah anda. Pastikan original. Pembelian daripada saya berhak untuk mendapatkan exclusive consultation dan exclusive jadual pemakanan. 012-4311565 Visit us at FB : Vitamin For Me and You @ blog :http://www.vitaminformeandyou.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment