Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 2, 2014

Catatan harapan

Weekend ni CNY. So, cuti Jumaat, Sabtu & Ahad. Sekolah Ajeem dah start cuti Khamis sampai Selasa. Abah Ajeem hanya cuti Jumaat. Sabtu Ahad kerja. So, hidup kami dua beranak dok umah je lah.Jumaat tu sempat la gi jalan2 Teluk Batik, Lumut. Sebab Kak Maizan, babysitter Nazeem masa kat Puncak Alam dulu call ajak jumpa. Nak pi jalan2 AEON Manjung pon tak lalu, nak masuk pon beratur panjang. Apetah lagi nak cari parking.

Pastu balik umah. melepak je atas katil. hahaha...

Nak tulis blog memang takde hidayah mahupun seru. Ni pon, patut nak update blog shaklee, tapi.. lagi la otak kering. Macamana lah orang leh senang2 come out 1 entry dgn 1 isu yg simple. cth macam entry pasal tudung.

Nampak mcm, saya ni takde apa yang saya tau sampai isu tudung pon saya tak pandai nak buat entry. sigh~ tapi takpe. tak cuba, tak tau kan.
sebenarnya dalam entry sebelum ni ada saya tulis yang saya terlalu ingin buat blog ni sebagai blog ilmiah. Blog yang orang leh guna untuk buat rujukan. tapi, bukan senang la. sbb saya sendiri pon dok rujuk orang.

Saya perasan yang selalu orang tulis blog ni, cerita mengenai apa yang mereka suka buat, apa yang mereka enjoy buat. betul tak? Ada yang cerita pasal kelas bakery yang mereka pergi, pengalaman backpacker, jenis tudung yang mereka pakai. dan macam2 lagi. Sebenarnya saya sangat kagumlah ngn blogger2 tegar ni. Pasal tudung pon boleh buat satu entry yang ada point dan informasi. Kenapa saya tak boleh? Mungkin sebab saya ni biasa2 saja. Insan marhain. Adakah sebab blogger2 tu ada aura tersendiri? Saya pakai tudung Ariani, ada sikit Fareeda dan selebihnya beli tudung kat gerai2 yang mana rasa berkenan. Dulu2 pakai bawal Kelantan. Seriously saya tak focus pada satu jenis tudung sahaja. Tudung2 tu tudung biasa ja pun. Cara pakai tudung pon biasa. Takde lah style yang cantik2 utk saya ajar pada oarang. Tapi baru je tadi saya terbaca satu entry kat blog seseorang yang cerita mengenai tudung Bokitta. Mula2 saya ingat Bokitta tu sejenis baby wearer. hahahaa.. Sebab orang tu dok cerita pasal baby wearer mula2. Pastu baru je kejap tadi die buat entry pasal Bokitta dan ianya tudung. Itu adalah telah memberi saya satu pengetahuan baru. Bokitta tu adalah sejenis tudung uolls..

Kalau nak beli apa2 pon saya jarang buat survey. hihi.. Apa saya berkenan, apa nafsu saya nak, saya rembat. hahaha.. Yes. I know. It is not good. Husband saya selalu pesan,  IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL. sebenarnya contoh terdekat saya ada depan mata. Husband saya tu hidup dia penuh teratur. Dia sentiasa  plan. Sebab tu dia tak pernah miss any agenda yang penting. Bukan macam saya ni. Lupa yang minggu tu ada program A tapi dah janji ngn kawan nak buat program B. Husbnad saya juga tak pernah procastinate. Sebab tu kerja dia selalu on time. Saya? huru hara!

Tahun ni saya 31 tahun. Baru nak cuba untuk belajar merancang. Agak2, boleh ke? Buat Shaklee ni memang saya nampak pentingnya merancang. Banyak benda nak kena rancang. Rancang masa, rancang aktiviti. Memang huru hara pon. Dengan kerja lagi, nak pos barang lagi, nak pi beli barang lagi. Saya leh survive la dgn wat semua tu secara huru hara. hihihi.. Saya pon jenis go with the flow. Yelah kan. Dah tak penah rancang. Belasah je semua. Penat!

Nampaknya ending entry ni cerita pasal kehidupan saya yang huru hara. Nothing ilmiah here. Boleh gak la nak jadi rujukan bagaimana huru hara nya hidup anda tanpa planning. :) 

Last but not least, dibawah ni la tudung Bokitta. Dia nampak macam tudung belit2, tapi sebenarnya die tudung sarung gak. Canggihkan?  hihihi..

Gambar hasil Google

1 comment:

  1. saya pun peminat bokitta jugak..dah banyak collection bokitta dlm almari tu...hehee..beli kat sini www.myvalorem.com kalau x silap tgh ada sale..ada telekung berbatu jugak..saya beli 4 type telekung berbatu untuk kami 4 beradik perempuan..hehee...

    ReplyDelete