Thursday, February 12, 2015
mengata orang dia yang lebih
Mmg gitu kot. Manusia mmg suka nampak keburukan dari kebaikan. Kl org tu buat salah sikit... dicanangnya 1 dunia. Bila org tu buat sst yg baik, sunyi sepi.
Belum lagi yg dl masa dia dok main game, dok anta noti kat fb org. Bila dia xmain skrg dok sound2 org anta noti. Ada juga yg dulu mrh org tag dia bila jual barang, bila skrg dia jual brg dia tag org.
Sblm mengata org. Kene igt, kita pon buat apa yg kita kata org tu. Hihi...
Peringatan utk diri sendiri juga.
Friday, January 9, 2015
Sedih
At least saya masih ada dia. wpon jumpa seminggu sekali. tp dia ada. selamat, bahagia dengan org yg sangat sayang dia.
Org lain yg xda. xleh jumpa pon. Ada yang xtahu pun hidup atau mati.
Apalah sangat dugaan saya ni kan.
Friday, December 19, 2014
Malaysian is going crazy!
Pakai itu bahayakan tulang, pakai ini bahayakan kulit.
ayam kat pasar ada cucuk ubat so tak bagus. kl nak makan ayam kene bela sendiri. sembelih sendiri. bla..bla..
Monday, December 1, 2014
Buat baik
Benda ni jadi kt saya semalam. sebelum ni, kalau kucing dok tunggu bwh meja, kl hari tu sy makan nasi goreng atau mee, saya takde apa nak bagi kat dia. so, dia dok mengiau2 tapi saya wat bodoh.
Suatu hari, saya nampak sorang pemuda ni. gaya makan mat despatch. hihi.. dia tgh nak tapau lauk. bila kucing mengiau kat kaki dia. die terus amik sekor ikan goreng dan bawak ikan tu keluar kedai dan bagi kucing tu makan.
Selama ni, sy hny fikir nak bagi sisa2 saya ja. Kalau xde sisa, xdelah. rupanya, boleh juga belanja kucing tu sekor ikan goreng kan. baru dpt idea.
Monday, November 24, 2014
Rumah untuk disewa / House for Rent
Kawasan : Bandar Seri Coalfield , Selangor.
Rumah kami untuk disewa. Iklan di Mudah.com.
- 4 rooms, 4 bathrooms
- Intermediate 24x75
- Brand new house
- Grilled
- Gated & Guarded
- Fans and lights fitted
- 2 car parking space.
- Dry and wet kitchen.
- Near UiTM Puncak Alam, Unisel, LATAR Highway, Guthrie Highway
- Near Bestari Jaya
- Near Econsave, TESCO Puncak Alam,
- Near Mosque
- Near primary school in Desa Coalfields
- Near petrol station
- Near McDonald Puncak Alam
EXTRA:
- 1HP YORK Aircond in Master Bedroom
- Curtain Rail fitted
Amenities nearby ;
> Econsave Puncak Alam
> TESCO Puncak Alam
> OCBC Bank
> UOB Bank
> RHB bank
> UITM Puncak Alam
> Centre Market Saujana Utama
> Clinics
Locality :
> 5 mins to UITM Puncak Alam / Desa Coalfields
> 10 mins to Saujana Utama / Alam Jaya / Puncak Alam
> 15 mins to Bukit Rahman Putra / Sg. Buloh
> 20 mins to Alam Budiman / Meru / Setia Alam
> 25 mins to Shah Alam / Kepong
Deposit 2months + 1month (1st month)
Utilities RM600
Hubungi : 012-4311565 - Natasha
012-4191565 - Azuan
Cerita berkaitan : http://ajeembobo.blogspot.com/2013/12/rumah-kami-dah-siap.html
Monday, November 10, 2014
Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia
Tidak semestinya 1 kenderaan JPJ ditangkap gambar tengah memotong pada double line, sudah menyebabkan undang2 tu tak terpakai. c'mon...
Kita mmg suka highlight tang kesalahan sahaja. Yang 50 biji lagi kereta JPJ ikut peraturan tu, kita xpernah highlight pon. kalau kita xnak ikut peraturan, itu kita punya pasal.. jangan la libatkan org lain. nak ikut, ikut, xnak ikut sudah.
Sedangkan ustaz ustazah pon tak sempurna (xde manusia sempurna) apetah lg bos besar JPJ.
p/s : Tiada hubungan keluarga dengan bos JPJ tapi, sakit mata asyik2 ulang viral gbr yang sama. gi cari gambar lain la.
note : Saya pon terasa macam nak cari kesalahan Malaysian je. hahaha.. tapi, saya tak cari pon. Depan mata. Takpe, nanti saya cerita kebaikan Malaysian.
Wednesday, July 9, 2014
Ramadhan 2014
Monday, April 14, 2014
Sekali lalu
Alhamdulillah. Hari tu jugak ada orang call nak sewa rumah kami. Arrangement agak rush. Hari tu tengok rumah, hari tu gak nak kunci. Nak kena pindah sebab nak kena gi kursus kat US katanya. Mudah - mudahan semuanya berjalan lancar. takmo yang hanky penky. tak mo yang liat-liat buat perangai. Semoga diberi penyewa yang baik. Amin! Deposit semua dia cakap nak bank in Isnin. Mr. Hubby pon baru je settle print agreement. Physically, nampak mereka adalah orang yang baik-baik.
Nazeem? Alhamdulillah. Makin besar, makin senang jaga. Subhanallah. Nazeem ni budak yang sangat baik. Alhamdulillah. Semoga Nazeem jadi anak yang soleh, cemerlang di dunia dan akhirat. Amin!
Sunday, February 2, 2014
Catatan harapan
Pastu balik umah. melepak je atas katil. hahaha...
Nak tulis blog memang takde hidayah mahupun seru. Ni pon, patut nak update blog shaklee, tapi.. lagi la otak kering. Macamana lah orang leh senang2 come out 1 entry dgn 1 isu yg simple. cth macam entry pasal tudung.
Nampak mcm, saya ni takde apa yang saya tau sampai isu tudung pon saya tak pandai nak buat entry. sigh~ tapi takpe. tak cuba, tak tau kan.
sebenarnya dalam entry sebelum ni ada saya tulis yang saya terlalu ingin buat blog ni sebagai blog ilmiah. Blog yang orang leh guna untuk buat rujukan. tapi, bukan senang la. sbb saya sendiri pon dok rujuk orang.
Saya perasan yang selalu orang tulis blog ni, cerita mengenai apa yang mereka suka buat, apa yang mereka enjoy buat. betul tak? Ada yang cerita pasal kelas bakery yang mereka pergi, pengalaman backpacker, jenis tudung yang mereka pakai. dan macam2 lagi. Sebenarnya saya sangat kagumlah ngn blogger2 tegar ni. Pasal tudung pon boleh buat satu entry yang ada point dan informasi. Kenapa saya tak boleh? Mungkin sebab saya ni biasa2 saja. Insan marhain. Adakah sebab blogger2 tu ada aura tersendiri? Saya pakai tudung Ariani, ada sikit Fareeda dan selebihnya beli tudung kat gerai2 yang mana rasa berkenan. Dulu2 pakai bawal Kelantan. Seriously saya tak focus pada satu jenis tudung sahaja. Tudung2 tu tudung biasa ja pun. Cara pakai tudung pon biasa. Takde lah style yang cantik2 utk saya ajar pada oarang. Tapi baru je tadi saya terbaca satu entry kat blog seseorang yang cerita mengenai tudung Bokitta. Mula2 saya ingat Bokitta tu sejenis baby wearer. hahahaa.. Sebab orang tu dok cerita pasal baby wearer mula2. Pastu baru je kejap tadi die buat entry pasal Bokitta dan ianya tudung. Itu adalah telah memberi saya satu pengetahuan baru. Bokitta tu adalah sejenis tudung uolls..
Kalau nak beli apa2 pon saya jarang buat survey. hihi.. Apa saya berkenan, apa nafsu saya nak, saya rembat. hahaha.. Yes. I know. It is not good. Husband saya selalu pesan, IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL. sebenarnya contoh terdekat saya ada depan mata. Husband saya tu hidup dia penuh teratur. Dia sentiasa plan. Sebab tu dia tak pernah miss any agenda yang penting. Bukan macam saya ni. Lupa yang minggu tu ada program A tapi dah janji ngn kawan nak buat program B. Husbnad saya juga tak pernah procastinate. Sebab tu kerja dia selalu on time. Saya? huru hara!
Tahun ni saya 31 tahun. Baru nak cuba untuk belajar merancang. Agak2, boleh ke? Buat Shaklee ni memang saya nampak pentingnya merancang. Banyak benda nak kena rancang. Rancang masa, rancang aktiviti. Memang huru hara pon. Dengan kerja lagi, nak pos barang lagi, nak pi beli barang lagi. Saya leh survive la dgn wat semua tu secara huru hara. hihihi.. Saya pon jenis go with the flow. Yelah kan. Dah tak penah rancang. Belasah je semua. Penat!
Nampaknya ending entry ni cerita pasal kehidupan saya yang huru hara. Nothing ilmiah here. Boleh gak la nak jadi rujukan bagaimana huru hara nya hidup anda tanpa planning. :)
Last but not least, dibawah ni la tudung Bokitta. Dia nampak macam tudung belit2, tapi sebenarnya die tudung sarung gak. Canggihkan? hihihi..
Tuesday, January 14, 2014
Projek kurus
Sunday, January 12, 2014
Makin ke laut
Monday, January 6, 2014
Catat kejadian best yg terjadi hari-hari
Macam menarik je... macam best je... so, sy pon menetapkan ia sbg salam satu azam 2014 juga.
Cuma, sy buat tulis dalam buku kecikla. Xdela nak simpan dalam balang bagai.
Baik buat buku kira2 ja.
Ke laut
Nampak mcm dah nak ke laut lah cita2 saya nak 1 hari 1 entry. Hewhewhew... tp xpe..
Perubahan mana leh wat drastik khen. Wat sikit2 lah.
Semalam dari Ipoh ke Hutan Melintang ni. Hutan mleintang ni rumah suami saya ye. Ye..kami dok asing2. Sbb cari rezeki. Xtaulah dah ada tulis dalam post2 sebelum nk ke tak. Wpon 1 negeri. Tapi jauh ya amat. Bontot pon boleh keras. Kadang2 rasa nak muntah. Mcmana tak? Kl dah tiap2 minggu?
Ok. Nak kuar breakfast sat.
Friday, January 3, 2014
Post untuk semalam
Semalam.. 2hb xupdate..so bangun2 tido update entry kat blog shaklee pasal promosi alfalfa bulan ni. So. Kira aci lah kan? Hihi. Oklah. Nak mandi and siap gi kerja.
Wednesday, January 1, 2014
Asalkan tulis
Saya belum sempat (alasan) untuk buat entry azam 2014. Tapi saya akan buat jugak sbb itu termasuk dalam azam 2014 saya. Hihi..
Satu lagi azam 2014 saya adalah akan post 1 entry 1 hari. Tak kisah la kat blog ni or blog shaklee saya. Sebab tu, by hook or by crook kene ada entry la utk 1/1/2014. Hihi.. Inipon saya tulis sambil baring dan ready nak tidur.
Papepon. Hari ni saya happy sebab saya berjaya mereward diri saya. Walapun xde sebab pon, tapi boleh lah nak kata hadiah hari tahun baru untuk diri sendiri.
Tuesday, December 24, 2013
blur
Monday, December 23, 2013
Rumah kami dah siap!
Rumah tu dah siap dah June 2013 hari tu. :D cantik! Sekarang dah pasang lampu, kipas dan grill. Tinggal nak pasang curtain rail je.
Gambar semua dalam phone dan laptop saya. Nanti kalau rajin, sy upload ye. Ni ada satu gambar saya amik kat FB.
Sesiapa yang berminat untuk sewa, boleh call saya atau Mr.Husband ye. 0124311565 / 0124191565. Rumah ni kat Bandar Seri Coalfield. Between Ijok - Paya Jaras, Sg. Buloh. Dekat dengan Latar Highway dan Guthrie Highway.
Muncul semula
Samsung vs Apple
Yang pasti, gadget2 macam ni banyak bantu saya. Kenapa? sebab saya jual Shaklee. :)