Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Tahun baru, hidup baru

Sy xberapa happy dgn tahun baru nnt. Sbb ape? Mr.Hubby dapat keje baru. It should be a yeay! Alhamdulillah. I am proud n happy for husband. He climbs a step or two in his career achievement. But the worst part is, he'll be moving to PERAK. Yes. Kat kg! The worst of the worst, die paksa sy ikut. Siap ugut, jgn salahkan die kl die jumpa ustazah pilihan kat kg tu. Argh... stress mak!

So, skrg sy tgh dalam proses mintak tukar. Mintak ditukarkan kat cwngn Teluk Intan. Owh... no more 1Utama... chillies...seafood...owh...(pasrah) sigh~

Husband will be reporting to the new place next week I think. While waiting for my transfer application to be approved, I need to stay here. Also, should be a yeay! But... hidup tanpa my husband ibarat jasad yg xbernyawa. Familiar? ;) Seriously! Husband telah menyewakan rumah untuk sy n nazeem di puncak alam. Rumah yg sgt selesa. Die belikan barang2 rumah. Yg penting2 dan menyediakan kelengkapan yg cukup utk kami. Again.. still xcukup tanpa dia. L ssh utk membayangkan hidup tanpa die. Since, dielah pelengkap hidup sy. Die la pemandu hidup sy.

Sy xnk dok kg. Tp, nk dok ngn die. Cane??? Kene doa die dpt keje kat KL blk. Tp, koman2 mst die kene stay keje br for at least 5 more years. Ok. Xnk fikir. Huhu...

FYI, kedudukan sy bila berada di Teluk Intan adalah tidak baik dr segi kerjaya sy. Sbb, cwngn Teluk Intan adalah cwngn kecik. Kerja pon xbyk. Pengetahuan dlm bidg kerja pon xkan jd byk sbb mmg xbyk penyeludupan kat teluk intan tu. Kilang utk dikutip cukai pon bape kerat la sgt kat situ. Kemungkinan sy akan ketinggalan berbanding kwn2 sy skrg adalah besar. Bg sy, keputusan utk mengorbankan kerjaya sy adalah tidak mudah utk dibuat. Namun sy TERPAKSA pasrah. Sbb sy PEREMPUAN+ISTERI. Sy xtau nk salahkan siapa. Nak kata husband, xjuga. Mestila die nak isteri n anak bersama die. Nthla labu. Untuk menyedapkan hati sy, sy berpegang pada ungkapan, rezeki Allah dah tentukan. Kalau lah rezeki sy dapat naik pangkat, InsyaAllah. Sy akan naik pangkat jgk wpon sy keje kat stesyen kecik. (pasrah lg..)

Azam 2012 (Part 2)

Ha..kemain lg. Ade part2. Da la lupa password nak log in blogger.com ni. Nasib baik leh type dlm email n send.

Ok. Sy nak tambah apa ek utk azam sy. Sy nak tambah 1 je lah. Sbb byk2 pon blom tentu tercapai. Sy nak tambah azam utk karier sy lah. Azam utk karier ni sbnanye ade limitations utk sy capai. Tp, xpe. Ape salahnye berazam kan. 7-INGIN MENJADI PENGUASA KASTAM YG BERMARUAH, BERBUDI BAHASA DAN BERPENGETAHUAN TINGGI. So, semuanya 7 la azam sy utk thn 2012. Huhu.. byk jgk kan.

 

Siap da kot azam sy.  Semoga tercapai tahun 2012. AMIN!

 

  1. MENJADI SEORANG ISTERI YANG SOLEHAH DAN SENTIASA MEMBAHAGIAKAN SUAMI TERCINTA.
  2. MENJALINKAN HUBUNGAN MESRA DGN MIL.
  3. menjadi lebih berkeyakinan diri.
  4. menjadi seorang yang berdisiplin.
  5. menjadi lebih baik.
  6. menjadi lebih rajin.  
  7. INGIN MENJADI PENGUASA KASTAM YG BERMARUAH, BERBUDI BAHASA DAN BERPENGETAHUAN TINGGI.

 

HAPPY NEW YEAR FAMILY, FRIENDS AND ENEMIES :) To enemies, go die! (heh!)

Azam 2012 (Part 1)

 

Erm..xkan nak carry forward je kan. Sy nak wat penambahbaikkan la kat azam sy ni.

1- jd isteri yg terbaik utk Mr.Hubby.

Ayat di atas, mcm ada salah kan. Nak jd yg terbaik?? Mcmla Mr.Hubby ada bini lain. Hahaha... (kl ade, nahasla beliau!) Roughly, sy ni mmg seorg yg baik terhadap suaminya. Yelah. Sy xcurang.  Definitely! Cuummaa.. sy ni pemalas. Huhu.. tp, wpon sy pemalas, rumah sy xdelah mcm tongkang pecah. Sbb ade molly yg kemas. Hehehe... tp..pasni da xda molly... L (sbb ape xde molly?nnt sy cite) sy xsuka masak. Tp, Mr.Hubby xdelah kurus kering. Makin berat adelah. Cuba byg kl sy masak? Huhu..xnak byg.. <rationalize> So, sy nk tukar point di atas kepada, MENJADI SEORANG ISTERI YANG SOLEHAH DAN SENTIASA MEMBAHAGIAKAN SUAMI TERCINTA. (Nk kene cr ciri-ciri isteri solehah. Nge~)

 

3-jd menantu yg baik

Point ini akan jd point ke-2. Erm.. br je last week. Sy ckp kat husband. "rsnya, mak syg ayg la bg. Sbb die msk ikan keli utk ayg". Hehe.. MIL xmkn ikan keli. Tp, kl sy blk, die akan msk ikan keli utk sy. :D kire tu improvement dr diri sy dan dia. Aphal pulak improvement dr diri ko ni Natasha?haha.. ye lah. Sy nk mengaku die syg sy bukan senang tau. Heh! Penambahbaikan point di atas adalah, 2-MENJALINKAN HUBUNGAN MESRA DGN MIL. (Hahahaha..)

 

4- nk jd lbh berkeyakinan diri. Jd over confident pon ok jgk kot.

6- nk jd seorg yg berdisiplin
7- nk jd lebih baik

10- nk jd lbh rajin. Yup. nk sgt jd rajin.
Point2 di atas da mmg tepat dan padat dah. Org yg xleh buat tu yg something wrong. Nge~ xpyh tukar pape lah. Just tukar no point kepada 3,4,5 dan 6.

 

Ya Allah. Panjang lebarnye. Mst korg boring kan baca. Hehe.. xpelah.. kl boring xpyh baca. Sy tulis ni pon lebih kepada luahan perasaan dan utk dijadikan rujukan bile2 tua nanti.

 

Entry ni psl sy wat pembaikan. Penambahnya kat next entry kot. Ssh pulak nak baca panjang2 kan. Hehehe. Kalau sy pon xsuka baca panjang2. Haha..(bajet ade org baca blog kau!)

Review azam 2011

Haha J mcm familiar je tajuk di atas kan? Tukar tahun ja. akhir tahun br nak update blog. Da mcm blog setahun sekali dah. Mcm biasa, bile nak tukar tahun je, sibuk la nk psg azam. Sy lak sibuk carry fwd azam yg thn dl2..yg smpi skrg xde improvement lg L

Antara azam yg sy carry forward dr thn 2010

1- jd isteri yg terbaik utk Mr. Hubby. <Sy sendiri xpuas hati lg. Tp, sy mmg syg suami sy sepenuh hati sy. Sy akan sentiasa cuba buat die happy>
2- jd ibu yg terbaik utk nazeem < sy rs sy ibu yg baik. Sy syg die lbh dr nyawa sy. Sy sentiasa cuba wat die happy.  Cuma sy jns xbape lyn die bercakap sbb sy xlarat nk lyn. Hehe. Tu la. Dulu bising die xbercakap. Skrg xberhenti bercakap pon bising jgk. So , bole delete kot point ni. Heh!>

3-jd menantu yg baik < owh. Sy mmg menantu yg teruk. >

4- nk jd lbh berkeyakinan diri. Jd over confident pon ok jgk kot. <fail lg>

6- nk jd seorg yg berdisiplin <fail!>
7- nk jd lebih baik <fail!>
8- nk jd pelakon filem <delete>
9- nk jd duta estee lauder <delete>
10- nk jd lbh rajin. Yup. nk sgt jd rajin. <fail!>

 

So, as the conclusion, sy rs, point 1, 3-7 and 10 sy akan jd kan azam 2012 sy J.

 

p/s: terpaksa anta pakai email sbb lupa password blog.huhu..

 

 

Friday, September 2, 2011

Aidilfitri 2011

Phew. Baru la nak hapdet blog ni yg nth bape bulan xdilawati. :) ni pon, bkn nak cite pjg. Sbb kat kg n gune hp je menaip ni. Mau pth jari kl nak cite sumer.
Pape pon, sy nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maafkan segala khilaf & salah yg sengaja mahupun xsengaja. Sebagai manusia biasa, pastinya sy xdpt lari dr melakukan kesilapan dan menyakitkan hati kwn2 dan keluarga. :)
Hari ni raya ke-4, sekejap je masa berlalu. Xpuas rsnye. Xsgp rsnye nk byg hr isnin ni. Nak kene g keje. Mengadap muka2 runner/agent tu. Sigh~
Raya pertama kat sg.lampam. Umah tok n embah sy. Ini la kali pertama sejak berkahwin, pg ry ada kat umah belah sy. :) So, mestila happy banget! Then ptgnye da beraya ngn family hsband da. Smpi mlm. Mlm tu tok hsbnd warded sbb cucuk insulin dgn perut kosong. Sampai koi2pg gakla berkampung kat hospital. Tp, sy tersangatla mengantuk, nak tahan, tp air mata berjurai2. Automatic. Mmg xtahan sgt dahla. Sy g tdo dlm kete. Then, blk tdo umh nenek sy sbb umh nenek sy dkt sikit ngn hospital. Esok pg,raya ke-2, g hspital lg n blk umah mak mertua kat pengkalan nibong, kg. Gajah. Raya ke-3, g Ipoh! Umah parents sy. :) mkn2 n celebrate birthday adik sy, ayudin. Xtdo sane pon. Blk kg.gjh balik.
Raya ke-4 plg bosan sekali. Hari ni lah. Xde wat mende. Dok je kat umah. Ni sbb bosan la tulis blog ni. Wpon line kat sini, membengkakkan hati, sy gagah jugak maen tenet, sbb da xtau nk wat ape dah. Lg 1 nk cite, spjg ry ni, sy makan... MasyaAllah, xhengat punye mentekedarah. Punyela mkn. Nak bawak diri pon rs berat ni. Hehehhe.
Ok. Smpi sini dulu. Kang kl sy boring, sy hapdet lg. Selamat Hari Raya uollz... :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 26, 2011

Persoalan Agama: Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir

Persoalan Agama: Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir
Oleh Ustaz Zahazan
bhnews@bharian.com.my
2011/06/26

Soalan:
SEORANG kawan saya bertanya soalan berkaitan dengan takdir dan usaha manusia. Pertanyaannya: "Jika memang benar Allah telah mentakdirkan segala sesuatu terhadap manusia, maka apakah erti penilaian Tuhan terhadap usaha manusia?" Bagaimana jawapan patut saya cakap? Boleh ustaz jelaskan maksud takdir mengikut al-Quran dan hadis.


INSAN KELIRU, Melaka.

Jawapan:
ALHAMDULILLAH Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah waba'd. Kalimah takdir diambil daripada kata qaddara yang antara lain bererti memberi qadar atau ukuran. Jika kita berkata: "Allah mentakdirkan", itu bererti "Allah memberikan kadar atau ukuran atau batas tertentu dalam diri, sifat dan kemampuan makhluk-Nya."

Segala sesuatu sama ada kecil atau besar ditetapkan oleh Allah takdir baginya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Furqan ayat 2 yang bermaksud: "(Allah) yang menciptakan segala sesuatu lalu Dia menetapkan atasnya Qadar (ketetapan) dengan sesempurnanya." Dalam surah Yasin ayat 38, Allah SWT berfirman: "Matahari beredar di tempat peredarannya. Demikian itulah takdir/ukuran yang ditentukan oleh (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."

Peristiwa-peristiwa yang terjadi di alam semesta ini, sama ada dari sudut kejadiannya, dalam kadar/ukuran tertentu, pada tempat dan waktu tertentu, itulah yang dinamakan takdir termasuk manusia. Peristiwa-peristiwa itu berada dalam pengetahuan dan ketentuan Tuhan.
Manusia mempunyai kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang diberikan Allah kepadanya. Makhluk manusia sebagai contoh tidak dapat terbang. Ini adalah suatu takdir/ukuran batas kemampuan yang dianugerahkan Allah kepadanya. Manusia tidak mampu melampauinya kecuali jika dia menggunakan akalnya untuk mencipta sesuatu alat. Namun begitu, akalnya juga mempunyai ukuran/batas yang tidak mampu dilampaui. Manusia tetap berada di bawah hukum-hukum Allah sehingga segala yang kita lakukan pun tidak terlepas dari hukum-hukum yang mempunyai kadar dan ukuran tertentu.

Hanya kerana hukum itu cukup banyak dan kita diberi kemampuan memilih, tidak seperti matahari dan bulan sebagai contoh. Maka kita dapat memilih yang mana di antara takdir atau ukuran-ukuran yang ditetapkan oleh Allah itu sesuai dengan kita. Pilihan adalah hak kita.

Sebagai contoh ketika di Syam (yang dimaksudkan dengan Syam iaitu Syria, Palestin dan sekitarnya) berlaku wabak. Umar bin al-Khattab yang ketika itu mahu berkunjung ke sana, lalu membatalkan rancangannya. Ketika itu tampil seseorang bertanya: "Apakah kamu lari dari takdir Tuhan? Umar menjawab: "Saya lari dari takdir Tuhan ke takdir-Nya yang lain." Berjangkitnya penyakit adalah berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan-Nya. Bila seseorang tidak menghindari daripadanya, dia akan menerima akibatnya. Akibat yang menimpa itu juga
dinamakan takdir. Bukankah Tuhan telah menganugerahkan kemampuan untuk memilih?

Syurga dan neraka adalah akibat daripada pilihan manusia masing-masing.
Bukankah Allah menegaskan dalam surah al-Balad ayat 10 yang bermaksud: "Kami telah memberikan petunjuk kepadanya (manusia) dua jalan (baik dan buruk)." Begitu juga dalam surah al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud: "Katakanlah, kebenaran bersumber dari Tuhanmu, maka siapakah yang ingin (beriman), silakan beriman. Dan siapakah yang ingin (kufur), silakan kufur."

Pilihan itulah yang dinilai Allah dan atas dasarnya, Allah menetapkan balasan dan ganjaran. Allah mengetahui segala sesuatu berlaku, sama ada sebelum, sedang dan akan berlaku. Tetapi pengetahuan ini tidak ada kaitan dengan pilihan manusia. Jika seorang pelajar yang diketahui malas dan tidak akan lulus ujian, apakah pengetahuan guru itu menyebabkan ia tidak lulus? Tentu saja tidak. Begitulah pengetahuan Allah yang meliputi segala sesuatu. Demikianlah, wallahua'lam.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kali ni 4am

Hehe~ biaselah. Ble tejage dr tdo, amek ms nk lelap blk. Da tua agaknye. Da lama xupdate blog. Bz. Mmg bz. Kdg2 rs nk benti keje pn ada. Tu kalu fikir pdk :D stress mmg stress. Ble da pnt keje, otak asyik fikir nk rht ble smpi umh. Smpi mengabaikan tanggungjwb sy kat umh..msk mmg da lama sy xwat. Sigh~ wbp, sy cube. Dgn tersgt slow, sy cube gak wat tgjwb tu. Sy yakin, lama2 akan biasa. Nsb baek ada org tlg kemas umh, cuci pgn, sidai bj , kl xde, lg huru hara hdp sy. Sy sgt mengharapkan suatu hr nanti sy dpt dok umah yg dkt ngn tpt keje. Xpnh sy merasa travel p keje 5min gtu. Pendapat sy, travel jauh2 g keje n stress di jalanraya wat sy btambah2 pnt.
Masa kat paloh, sy jd cikgu ganti, jarak umh ke tpt keje 22km sehala. Jalan bengkang-bengkok,selekoh tajam bagai n byk lori kelapa sawit. Tp xda jem. Plg teruk kene follow lori sarat ngn buah sawit. Pastu dtg sini keje kat sri damansara. 27km sehala. Jalan dlm pekan. Traffic lite n traffic jem! Sgt2 stressful! Skrg 47km sehala n kalau ada meeting/taklimat/kursus kat p.indah 72km sehala! Jalan kg yg sempit! Da ssh nk ptg lori berat yg bwk 40km/h sbb double line n mmg xleh ptg sbb byk kete, kl g p.indah ikt hiway tp stil ada jem kat shah alam. Argh~ sgt2 stressful! Sy mmg rs yg driving wat sy sgt pnt! How I Wish my house just nxt to my office mcm sstgh kwn sy. Tp wbp,sy tau, ramai gak yg senasib n lg teruk dr sy.
Semoga sy lbh tabah! Semoga suami dan anak sy jg dpt bsabar dgn sy yg makngai ini. Mereka skrg ni sgt2 memahami. Dan sy sgt besyukur. Thank you ALLAH!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 6, 2011

2am

Skrg koi 2a.m. Jaga sbb nzem amuk hdg die tsumbat. Nmpknye nk kene selsema la tu. Esk da start dok umh 'acik' blk stlh cuti 2weeks. Nsb baek esk mr.hubby yg hantar. Kalu sy yg anta, mau pecah 1 taman dgr suara dia. Happy gle die x p umh acik. Td mlm bgtau die esk die kene p umah acik, trs merengek ckp xnk g. Sigh~ nk wat cane syg.. Ibu terpaksa keje. Tp, sesungguhnya ibu syg ajeem!
So, esok kene prepare bwk bekal ubt sesema n demam. Hmm.. Br je baek dr chicken pox, sambut selsema pulak. Harap2 xteruk sgt lah. Sbb ajeem pantang gle hdg tsumbat. Amuknye bukan maen. Kte yg ssh hati.
Knp mata xngntok ni. Esk keje pg. Owh. Yg pasti, esk mst ssh nk bgn :D sy ni mmg liat bgn pg. Dr muda2 dl mmg sy sk tdo. Nge~ tp sejak ada nzem, mmg xpnh bgn koi10pg. Koi9 pun dlm sthn skali ja. Sbb nzem ni jns bgn awl. Tdo lmbt pun bgn lmbt jgk. Inilah pengorbanan seorg ibu. Muahahaha..
Nzem skrg da pndi ckp. Tp xlancar la. Sy xbimbang lg. Wpn die ckp byk sy xfhm, tp sy tau yg die bole dan nak becakap. Yelah. Nazeem ni mmg lambat bcakap compare to rakan sebaya die. Tp xpela. Take ur time syg. There's nothing wrong. Best jgk ble die da pndi sembang. Byk aksi2 comel die tambah2 ngn suara yg super cute die tu. Happy sgt! Pnh tu die suruh sy lukis gbr excavator. Sy ckp kat die,sy xpndi lukis. Die ckp "nang je bu" (senang je bu). Kagum gle sy! Byk lg. Tp xdpt fikir pg2 bute ni. Ok lah. Tdo dl. Nanti2 smbng lg. Nite2.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 5, 2011

Entry buang masa

Hari ni ahad. Nazeem baru je tido. So, suppose time for me to mandi er.. relax. Tapi, sy rs nak tulis blog wpon xde idea sgt nak tulis ape. Sy percaya yg bile da start typing, mesti idea kuar. :D hmm.. Nazeem nampak mcm da recover from his chicken pox. Amazingly, parut die byk yg da hilang. Sy xtau sbb calamine lotion ke, lukano ke or bio oil. Tp, seriously, parut2 die xde sgt pon. Byk yg da hilang. Die da comel seperti sedia kala. Hehe~ Alhamdulillah. May be jugak chicken pox die xseteruk org lain? Xtaulah. Tp, sy tengok agak teruk gakla. Ade jugak sy bg mandi ngn air rebusan daun semambu. Maybe sbb tu jugak die cpt baik.
Alamak.. da type 1 perenggan dah. Tp, idea belum dtg gak nih. Mungkin sbb belum mandi kot. Hehe~ sy g mandi dulu lah.

Monday, May 30, 2011

♥Home♥Shweet♥HomE♥

Dalam banyak2 bende yg kitorg (saya dan Mr. Hubby) pnh wat, rsnya, tindakan ni plg berani skali yg kitorg wat dalam hidup kitorg. Iaitu.. kitorg p booking rumah! Huhu~ to be honest, mmg kitorg belom bersedia mentally n FINANCIALLY! Tp..kitorg belasah jugak. Dgn harapan, selagi kitorg x beli, selagi tu kitorg xkan simpan duet untuk beli rumah.


Biasalah, bermula dr kat opis la. Kakak kerani cite die baru beli umah. N umah die sgt cantik. Dari situ da ade bibit2 tingin. Pastu, asal cite je kuar cite rumah, asal cite je kuar cite rumah. Then die ade mention yg kalu nak beli umah, harga umah makin naik.. n masa umah tengah dok buat pon harga umah ikut peringkat2.. kalu dapat beli masa open for registration lg bgs. So, secara kebetulan., kawasan yg kitorg dok lalu hari2 tu ade la iklan open for registration. Sy pon cakap,”bg. Jom kite beli umh ni nak?” pastu Mr. Hubby pon mcm.. jomlah.. Developernye adelah company Mr.Hubby dok keje skrg. Cuma, Mr.Hubby keje bidang plantation. So, sure dapat additional discount utk staff kan. Sejak hari tu, iaitu sebulan yg lepas, Mr. Hubby mengambil langkah pertama dengan menelefon developer utk menanyakan harga. Bayangkanla. Banner ape pon xnaik lg. Haha~ Hanya Nampak tapak yg dorg tengah clearkan. Tanah kelapa sawit. Pas call tu, da tau harga n decide2 la nak yg mana. Then, hari lainnye, Mr. Hubby g office developer n tgk sumer. So, die bayar duit booking! Haha~ Mcm mimpi pon ade. Mmg kitorg btol2 go wif the flow lah! Pastu prepare2 document nak wat loan sumer, jupe lawyer sumer dah. Erm.. sy tau mintak je.. sian Mr.Hubby. Die yg kuar duet sumer. Huhu~ Sy mana ada duet. Sumer sy da wat joli. Sigh~ So, skrg, loan da approved!

Alhamdulillah.. Erm.. tau tak.. dalam masa xsampai 3weeks, harga umah yg kitorg beli ni da naik RM40k dari harga yg kitorg beli! Phew~ Nasib booking awal :)


Beli umah ni pon, ade tanye pendapat sorg kawan ni. Die pon menggalakkan beli umah awal2 sbb harga umah makin lama makin meningkat. Erm.. dgn beli umah ni, terpaksa la lupakan hasrat nak pakai kete cantik. Seorang kawan ade cakap, xpe xde kete cantik, tp ade rumah cantik.. hehe~ pandaikan die pujuk. ;) TQ kak Ida for the support!


Ni la umahnye. :) I ♥♥♥ it sooooo much! Of course la umah intermediate. xmampu nak beli corner lot. Beza 100k between umah intermediate n corner lot. Umah ni kat Bandar Seri Coalfield. Kat simpang Puncak Alam-Ijok.

So,kawan2. Tolong doakan semuanya berjalan lancar. Xsabar nak tunggu umah siap! Tq abg!!!! I Love U!!!

Coti di hari ISNIN



Wow. .Lama gle xupdate blog ni. Hmm.. masa keje mmg bz sgt. Balik pon da letih. Owh.. sy sendiri xtau ape nak jd ngn hidup sy. Hari ni hari ISNIN. Sy cuti. Yeay! Actually cuti dari jumaat lepas lg. Sbb ape? Anak kesayangan sy kene chicken pox! Haish~ wpon die da amik jab utk chicken pox tu masa umo die..er.. setahun lbh ;) tp.. menurut cakap doctor, disebabkan die kene attack ngn selsema/whizzing (sy xtau spelling) lebih kurang 2 weeks after the jab.. kire mcm jab tu xjalan abis la.. membazir saje (:
Sepanjang Nazeem kene chicken pox ni, die xcranky sgt pon. Just, mcm biasa.. nak saya berkepit ngn die jelah. Ada 1 mlm tu je die xleh tdo sbb gatal. Tp, hari lain die ok je. Amazing sgt! Byk sgt bende nak cite. Tp, masa ade sikit je. Owh.. sepanjang Nazeem kene chicken pox ni, die xlalu mkn n minum susu sgt. Seriously, sy xtau knp :( kurus da die.
Papepon, I thank ALLAH sbb bg peluang sy jaga nazeem wpon selang seli dgn MR.Hubby. Sebab sy xkeje ngn company sendiri. Hahah~ kalau keje sendiri selamba je sy amik cuti sampai Nazeem sembuh!



argh.. berparut!!

Tuesday, April 5, 2011

Pencarian kasut bermula

baru blk dr round jusco bukit tinggi. cr kasut. hehe..xde pon yg sama ngn kasut yg kerajaan bg ni.. :( kena keep looking la ni.. huhu~ nth ape nk jadi ld pas ni nth la..

Monday, April 4, 2011

Caring ke?

Sy rs satu bangunan da tau sy jatuh hari ni, sbb da 5 org masuk bilik n tanye, sy jatuh ke?


Sharing is caring!

DVD

Cukup ngn entry yg menyakitkan jiwa di bawah. Cite sikit la tentang Nazeem. Otak sy ni bole dikatakan.. kalau la sy sedar 12jam sehari, 11 jam 45 minit mesti dok fikir pasal nazeem. Top 2 masalah nazeem yg sy dok pk ialah 1. macamana nak settle issue nazeem xsuke g nursery dan 2.mcmana nak bg nazeem pandai cakap sbb kebanyakan rakan sebaya die dah cm peluru dah mulut dorg.

Dalam entry yg ini, sy xnak ckp pasal nursery, tp nak ckp pasal masalah die blm pandai cakap. Mcm sy ckp sblm ni, nazeem faham kebanyakan ape yg sy cakap kat die. Just die berat mulut nak sebut. Die lebih suke buat bunyi. Kalau nak mkn ayam, die wat bunyi ayam, nmpk kapal terbang die wat bunyi kapal terbang.. mcm pelik la jugak. Kalau bende tu xde bunyi? Kan ssh sy nak faham ape die nak. Pastu die amuk la kalau xdpt. Pastu, satu hari, masa blogwalking, tersinggahla kat blog ni. Die ade cite pasal dvd ni. Anak die suke tengok. Sgt2 la menarik perhatian sy. Untuk sy cr entry die balik tu, xlaratlah. Kalau ada masa, sy carikan ye. Tp, sy da link kan blog die. So, kwn2 leh baca2 kat situ. Best jugak blog die.

So, sy pon start lah googling tentang dvd tu.. jumpe! Kebetulan weekend tu, Mr. Hubby cuti, so, leh la ajak die g kedai tu. Kalau x, terpaksa beli online je lah. Kitorg g beli kat One Baby World. 1st time g kedai tu sndr. Padahal, kat kedai2 baby lain pon ade. Tp, nak g situ gak sbb mcm best. Mmg best pon. Hilang pertimbangan sekejap masa jejak kaki kat situ. Haha~ sy mmg suke shopping barang2 Nazeem.

Hasil kutipan pada hari itu.


Memula nak beli Your baby can read je. tp, rs mcm yg brainy baby tu pon mcm bgs jugak. so, beli je lah.

So, da beli DVD tu, semangat la nak bg die tgk. Org kat kedai tupon ade cakap, slow2, jgn drastic sgt nak paksa2 die. Mmg pon. Sy wat pendekatan, mule2 tgk DVD tu dl..then as a reward, sy akan pasangkan cd lain yg die suke. Sbb hari tu ade beli 3 cd sampingan kat die. Yg 2 tu mmg xberfaedah lsg lah. Tp, Nazeem sgt suke ok. Huhu~

Nak cite sebenarnye, pas tgk DVD ni, Vol 1 je baru (ada 5 dvd sumernye). Dalam seminggu, die tengok sambil main la tapi. Pada suatu hari, die pandai sebut AYAM! Haa…. Bahagia rasanya. Hehe~ so, harap2 pasni, nazeem leh sebut banyak lag perkataan! Hehe~

Nila CD sampingan yg saya beli kat die (sorry, xrotate). Memandangkan die sgt suke kenderaan kat tapak construction, so, rsnye die akan suke la cd ni. ade crane, excavator, lorry.. Mmg pon die suke. Good! xla rugi. kalau x, sblm ni asyik tgk upin & ipin je. haish~

tapi, tau x ape yg die plg suke? yg wat sy hangin seluruh badan sbb die tengok cite ni non-stop.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


hhiiiiyyaaarrrkkk!!!



Yang ni lak cd dari Indon. Ucu boboy die yg bagi. Die suke gak tgk. tp, sure la xleh lawan cite Ultraman. hampes!




Sigh~

Hari ni sgt tension! Stress! Ntah ape nk jd kat sy nih. Sigh~
1. Hari ni sy start pakai uniform. Baju sy besar ok! Sgt sakit hati!! Seluar pulak..masa dapat2 panjang.. then sy g anta kedai potong, jd singkat pulak. Argh!!!! Skt hati sgt2!!!

2. Kasut lak..lg la menyakitkan ati. Ade kot 20x sy terpeleot. Pdhl sblm ni hari2 pakai high heel, xpnh pon terpeleot. Ni, baru pakai sehari, da terpeleot byk2 kali. Plg skt hati, terjatuh dpn org ramai. Terpeleot dpn org ramai dah sgt2 memalukan.. ni, jatuh dpn org ramai????

Ni la gambar kasutnye. tgkla..xtinggi mana pon kan? ni kasut kerajaan bg. tp design xbtol! (ko sorg je pakai asyik jatuh natasha oi..)

Ni yg kat bahu. Namanye apollette. ejaan xsure btol ke x. malas nk tgk buku. patutnye wat la bende ni ikut size kan???? bukan semua manusia sama size.. ade yg kecik molek mcm sy. ada ke patut, semua 1 size.. akibatnye terkeluar la dari bahu. macamana sy xhangin??? nak g keje pon xconfident bile pakaian kite pon nth pape.kan?

Isnin yang menyakitkan hati!

Thursday, March 10, 2011

Meroyan III

Hari ni birthday sy. Tp sy sedey. Sbb sy ssh nak let go bende2 bodoh yg ada dlm otak sy ni. Hr ni sy kene mrh ngn mak sy psl pompuan bodo penjual insurance tu. Sy tau, style mak sy. Mengalah. Jgn melawan. Jg perasaan org sekeliling. Nthla..
Perlu ke jaga perasaan org sekeliling dan terus biar pompuan bodo tu menyakitkan hati aku tanpa die rs skt hati jugak? Mcm xadil. Knpla pompuan bodo ni wujud dlm hidup aku?

28

Hari ni birthday sy yg ke 28. Banyaknye.. seingat sy, masa sy umur 10 thn, pnh gak sy terfikir, lama lg sy nak umur banyak2 mcm skang. Rupenye..cepatnye masa berjalan. Rasanye, baru minggu lepas sy 10 thn. Huhu~
Tq kat kawan2 & family yg wish kat sms & FB. Tahun ni kurang berbanding thn lepas. hehe.. Mungkin ramai yg dah meluat kat sy dgn status2 sy, so dorg da xsuke sy.Maybe la. xpon sbb sy pon jarang wish dorg so dorg pon xwishla kat sy. hehe~
pasal status2 sy kat FB..sy tulis ikut suke hati sy. Kebanyakan tentang diri sy dan Nazeem shj. Sy mana tau ade yg meluat kan? tp..knp nak meluat.. die lg kaya dr sy..lg vogue the vase dr sy...ade bende yg sy ade die xde ke? tet!!! g la beli!! ko kan kaya! ade sy kesah? tp..org yg meluat kat sy tu mcm xsedar yg status die pon menjengkelkan jugak. tp..sy xpnh nak sound2 la. sbb bg sy, fb die, suke ati la die nak tls pape pon. paling2 pon sy bc status die, sy cakap kat husband or cakap dlm hati yg gile poyo org ni. tu je pon. xde pulak nk simpan dlm hati sbb rs mcm buang masa dan tenaga je nak fikir hal status die tu. xde kene mengena pon. tp, kalau da korg nak meluat jugak, sy syak, korg jeles la kat sy yg xbape hebat sgt ni. hehehe~ lain mcm je bunyi nye nih. hahah~ xpe. MUNGKIN leh cite hal ni dlm post lain. Kalau rajin. eh?
Ape yg aku da achieved pada usia 28thn? Erm..
1. Paling bersyukur dikurniakan seorg suami yang sangat2 baik! Hampir perfect! Sbb ape hampir? Sbb perangai sejati/standard kaum lelaki ade je dlm diri die. Hahaha~ da nama pon lelaki kan. Begitu penyabar melayan kerenah sy yg sgt melampau ni. Thanks abg! Allah je dapat balas budi abg..nge~ tq ek for the besday gift n dinner! (padahal hr2 dinner pon die byr gak.hahha..) yelah. Smlm dinner sempena besday sy. Kene ckp tq la. Hari2 tu dinner hari2. Bole?
2. Juga bersyukur dengan kehadiran NAZEEM ZARIFFUDIN! Si comel mashem ibu! Setiap detik rindu die. Wpon kadang2 perangai die menghanginkan seluruh badan sy. Sy tetap syg die sangat2 lbh dr nyawa sy kot. Mestila sy pnh marah die kan. Xkan xmarah lsg. Nnt die xtau yg mana slh yg mana btol. (tp, marah pon, die mcm xfaham je) haish! Adik ajeem?? Haha~ ce tanye ajeem. Die nak adik x? hahaha~ die xnak ok… sy xpnh ajar pon. Die sndr yg taknak. Abah die je skrg tgh dok sebut adik ajeem hari2. Hehehe~ teruskan usaha memujuk ajeem ek bg ;)
3. Sangat bersyukur kehadrat Ilahi juga sbb telah memberikan sy pekerjaan yg stabil. Wpon xcukup gempak, tp, sy da cukup dah mcm ni. Nanti2 nak lebih, sy akan usahakan la. (gile xde matlamat kan?) hehe~ xdelah.. baru je dapat kan. Appreciate la dulu. Keje nip on ade je peluang naik pangkat. Maksud sy, lbh baik sy focus nak Berjaya dlm bidang skrg dari sy berangan nak keje sndr nak jd kaya raya. Buat masa skrg la. Nanti2 kalau s yrs nak msk line business.. mungkin sy akan masuk.. sampai seru.. kan? Buat masa skrg..sy sng ngan kedudukan skrg. p/s : sy benci penjual insurans/unit trust! Bukan semua. Mereka yg mulut mcm longkang je.
Itu je ke pencapaian sy?  ok kot. Sbb sy rs, hidup ni..keluarga & kerjaya ja kot yg plg penting. Kalau ade pencapaian extra tu bgs la. Kan. Sy mmg cenggini. Sederhana je. Bab shopping je xleh nak sederhana. Hahaha~

Ade ke pg td Mr. Hubby tnye sy soklan skema gile. Ape azam sy sempena besday. Hehehe~ tp xpe. Sy jawab jugak. Sy cakap kat die, sy berazam xnak malas. Die cakap, jgn cakap mcm tu. Cakap, nak jadi rajin. Hehe~ ok. Ayg berazam nak jd rajin ye bg. Pastu terus die suh sy cuci baju. Hahaha~ pdhl ms tu sy kat opis. Tgh berjalan nk g kantin nak makan. Lapo. Nak jd rajin tu sbnanye ade dlm list azam tahun baru sy. So, sy rasa, azam birthday = azam thn baru 2011 la kan. Settle.

Wednesday, March 9, 2011

Lempang

Ibu : Nazeem syg ibu x?
Nazeem : (geleng kepala sambil wat muka action)
Ibu : Nazeem syg abah x?
Nazeem : (geleng kepala dan muka action lagi)
Ibu : Nazeem nak kene lempang x? (nada lembut)
Nazeem : (pandang sy dan geleng sambil menangis)

Maksudnye, die tau maksud LEMPANG! Sy sgt hairan.. sy xpnh ajar die ape itu lempang. Mcmana die tau???

down );

Byk sgt yg wat hidup sy sedey skrg ni. Wbp, sy xnafikan, ade je bende2 yg best Allah bg. Just..kan best kl xde bende2 sedey ni. Sigh~
Sy ni jns org yg ssh nak let go sst. Nthla. Da mmg lahir mcm ni. Kdg2 org rs bende tu hal kecik. Tp besar bg sy. Tambah2 hal tu melibatkan duit. Hehe~ ye. Sy kedekut. Kedekut tp boros. Boleh x?
Selagi xsettle, otak sy dok teringat. Argh.. Sy hny mampu berdoa kat Allah supaya die tenangkan hati sy.

Tuesday, March 8, 2011

Meroyan lagi

Bosannye. Nak kate xde keje, ade keje. Tp, xtau nk wat keje ape. Sigh~ sshla keje dalam keadaan mcm ni. Byk sgt nak kene fikir. Kan best kalau otak ni tenang.
Mcmana la nak bahagiakan ank bujang sy tu. Kwn2 sy mesti semua da tau. Sy dok meroyan kat fb psl nazeem dok bising kene cubit n pukul ngn acik die (penjaga). Sy pulak dlm dilemma. Mcm2 dilema la.

Dilema 1
Sy percaya yg nazeem xreka cerita. Sbb nazeem ni bercakap pon sepatah2 je. Xmungkinla die pandai nak reka cite kan. Persoalan yg bermain dlm fikiran sy, acik tu pukul anak die sndr ke pukul ajeem. Sbb bile sy tnye ajeem, ajeem asyik cakap.. Cikk..bit…aaaciiiikk…

Dilema 2
Nazeem ni mmg manja. Nth ke acik tu pukul sikit die da rs sedey. Yelah. Ibu abah die xpnh wat die mcm tu. Bile org lain wat, die sensitive lebih la.

Dilema 3
Kalau sy tny kat penjaga tu… boleh ke die terima? Mana tau die xwat, die mesti rs marah bile nazeem cakap bukan2 pasal die. Kalau betul die wat, die pon akan rasa marah sbb nazeem mengadu kat sy. Bile die simpan dendam kat nazeem, kan ke lg mengeruhkan keadaan?

Sy btul2 xtau nak wat ape. So skrg sy dok riki2 nursery lain. Tu pon sy xsure itu tindakan btol ke x. Sigh~ otak sy xsng. Sy nak nazeem happy. Sy xsgp nak wat die sedey. Sy nak die g nursery dgn perasaan yg happy. Bukan rs tension.

Mmg sy akui, sy xrasa penjaga skrg tu mcm bgs sgt. Yelah, nak perfect, jaga sendiri la kan. Cuma.. Xde lg bende yg teruk die wat leh naikkan kemarahan sy. Kecuali kes ni lah. Lgpon, perangai bangsa ni, sy tau mcmana. Owh. Die bukan bangsa melayu tulen tau. Biarlah rahsia bangsa die. Tp, Islam la.

Semoga Allah bg sy kekuatan dan sentiasa melindungi Nazeem.