Friday, September 2, 2011
Aidilfitri 2011
Pape pon, sy nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maafkan segala khilaf & salah yg sengaja mahupun xsengaja. Sebagai manusia biasa, pastinya sy xdpt lari dr melakukan kesilapan dan menyakitkan hati kwn2 dan keluarga. :)
Hari ni raya ke-4, sekejap je masa berlalu. Xpuas rsnye. Xsgp rsnye nk byg hr isnin ni. Nak kene g keje. Mengadap muka2 runner/agent tu. Sigh~
Raya pertama kat sg.lampam. Umah tok n embah sy. Ini la kali pertama sejak berkahwin, pg ry ada kat umah belah sy. :) So, mestila happy banget! Then ptgnye da beraya ngn family hsband da. Smpi mlm. Mlm tu tok hsbnd warded sbb cucuk insulin dgn perut kosong. Sampai koi2pg gakla berkampung kat hospital. Tp, sy tersangatla mengantuk, nak tahan, tp air mata berjurai2. Automatic. Mmg xtahan sgt dahla. Sy g tdo dlm kete. Then, blk tdo umh nenek sy sbb umh nenek sy dkt sikit ngn hospital. Esok pg,raya ke-2, g hspital lg n blk umah mak mertua kat pengkalan nibong, kg. Gajah. Raya ke-3, g Ipoh! Umah parents sy. :) mkn2 n celebrate birthday adik sy, ayudin. Xtdo sane pon. Blk kg.gjh balik.
Raya ke-4 plg bosan sekali. Hari ni lah. Xde wat mende. Dok je kat umah. Ni sbb bosan la tulis blog ni. Wpon line kat sini, membengkakkan hati, sy gagah jugak maen tenet, sbb da xtau nk wat ape dah. Lg 1 nk cite, spjg ry ni, sy makan... MasyaAllah, xhengat punye mentekedarah. Punyela mkn. Nak bawak diri pon rs berat ni. Hehehhe.
Ok. Smpi sini dulu. Kang kl sy boring, sy hapdet lg. Selamat Hari Raya uollz... :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, June 26, 2011
Persoalan Agama: Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir
Persoalan Agama: Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir
Oleh Ustaz Zahazan
bhnews@bharian.com.my
2011/06/26
Soalan:
SEORANG kawan saya bertanya soalan berkaitan dengan takdir dan usaha manusia. Pertanyaannya: "Jika memang benar Allah telah mentakdirkan segala sesuatu terhadap manusia, maka apakah erti penilaian Tuhan terhadap usaha manusia?" Bagaimana jawapan patut saya cakap? Boleh ustaz jelaskan maksud takdir mengikut al-Quran dan hadis.
INSAN KELIRU, Melaka.
Jawapan:
ALHAMDULILLAH Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah waba'd. Kalimah takdir diambil daripada kata qaddara yang antara lain bererti memberi qadar atau ukuran. Jika kita berkata: "Allah mentakdirkan", itu bererti "Allah memberikan kadar atau ukuran atau batas tertentu dalam diri, sifat dan kemampuan makhluk-Nya."
Segala sesuatu sama ada kecil atau besar ditetapkan oleh Allah takdir baginya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Furqan ayat 2 yang bermaksud: "(Allah) yang menciptakan segala sesuatu lalu Dia menetapkan atasnya Qadar (ketetapan) dengan sesempurnanya." Dalam surah Yasin ayat 38, Allah SWT berfirman: "Matahari beredar di tempat peredarannya. Demikian itulah takdir/ukuran yang ditentukan oleh (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
Peristiwa-peristiwa yang terjadi di alam semesta ini, sama ada dari sudut kejadiannya, dalam kadar/ukuran tertentu, pada tempat dan waktu tertentu, itulah yang dinamakan takdir termasuk manusia. Peristiwa-peristiwa itu berada dalam pengetahuan dan ketentuan Tuhan.
Manusia mempunyai kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang diberikan Allah kepadanya. Makhluk manusia sebagai contoh tidak dapat terbang. Ini adalah suatu takdir/ukuran batas kemampuan yang dianugerahkan Allah kepadanya. Manusia tidak mampu melampauinya kecuali jika dia menggunakan akalnya untuk mencipta sesuatu alat. Namun begitu, akalnya juga mempunyai ukuran/batas yang tidak mampu dilampaui. Manusia tetap berada di bawah hukum-hukum Allah sehingga segala yang kita lakukan pun tidak terlepas dari hukum-hukum yang mempunyai kadar dan ukuran tertentu.
Hanya kerana hukum itu cukup banyak dan kita diberi kemampuan memilih, tidak seperti matahari dan bulan sebagai contoh. Maka kita dapat memilih yang mana di antara takdir atau ukuran-ukuran yang ditetapkan oleh Allah itu sesuai dengan kita. Pilihan adalah hak kita.
Sebagai contoh ketika di Syam (yang dimaksudkan dengan Syam iaitu Syria, Palestin dan sekitarnya) berlaku wabak. Umar bin al-Khattab yang ketika itu mahu berkunjung ke sana, lalu membatalkan rancangannya. Ketika itu tampil seseorang bertanya: "Apakah kamu lari dari takdir Tuhan? Umar menjawab: "Saya lari dari takdir Tuhan ke takdir-Nya yang lain." Berjangkitnya penyakit adalah berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan-Nya. Bila seseorang tidak menghindari daripadanya, dia akan menerima akibatnya. Akibat yang menimpa itu juga
dinamakan takdir. Bukankah Tuhan telah menganugerahkan kemampuan untuk memilih?
Syurga dan neraka adalah akibat daripada pilihan manusia masing-masing.
Bukankah Allah menegaskan dalam surah al-Balad ayat 10 yang bermaksud: "Kami telah memberikan petunjuk kepadanya (manusia) dua jalan (baik dan buruk)." Begitu juga dalam surah al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud: "Katakanlah, kebenaran bersumber dari Tuhanmu, maka siapakah yang ingin (beriman), silakan beriman. Dan siapakah yang ingin (kufur), silakan kufur."
Pilihan itulah yang dinilai Allah dan atas dasarnya, Allah menetapkan balasan dan ganjaran. Allah mengetahui segala sesuatu berlaku, sama ada sebelum, sedang dan akan berlaku. Tetapi pengetahuan ini tidak ada kaitan dengan pilihan manusia. Jika seorang pelajar yang diketahui malas dan tidak akan lulus ujian, apakah pengetahuan guru itu menyebabkan ia tidak lulus? Tentu saja tidak. Begitulah pengetahuan Allah yang meliputi segala sesuatu. Demikianlah, wallahua'lam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kali ni 4am
Masa kat paloh, sy jd cikgu ganti, jarak umh ke tpt keje 22km sehala. Jalan bengkang-bengkok,selekoh tajam bagai n byk lori kelapa sawit. Tp xda jem. Plg teruk kene follow lori sarat ngn buah sawit. Pastu dtg sini keje kat sri damansara. 27km sehala. Jalan dlm pekan. Traffic lite n traffic jem! Sgt2 stressful! Skrg 47km sehala n kalau ada meeting/taklimat/kursus kat p.indah 72km sehala! Jalan kg yg sempit! Da ssh nk ptg lori berat yg bwk 40km/h sbb double line n mmg xleh ptg sbb byk kete, kl g p.indah ikt hiway tp stil ada jem kat shah alam. Argh~ sgt2 stressful! Sy mmg rs yg driving wat sy sgt pnt! How I Wish my house just nxt to my office mcm sstgh kwn sy. Tp wbp,sy tau, ramai gak yg senasib n lg teruk dr sy.
Semoga sy lbh tabah! Semoga suami dan anak sy jg dpt bsabar dgn sy yg makngai ini. Mereka skrg ni sgt2 memahami. Dan sy sgt besyukur. Thank you ALLAH!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, June 6, 2011
2am
So, esok kene prepare bwk bekal ubt sesema n demam. Hmm.. Br je baek dr chicken pox, sambut selsema pulak. Harap2 xteruk sgt lah. Sbb ajeem pantang gle hdg tsumbat. Amuknye bukan maen. Kte yg ssh hati.
Knp mata xngntok ni. Esk keje pg. Owh. Yg pasti, esk mst ssh nk bgn :D sy ni mmg liat bgn pg. Dr muda2 dl mmg sy sk tdo. Nge~ tp sejak ada nzem, mmg xpnh bgn koi10pg. Koi9 pun dlm sthn skali ja. Sbb nzem ni jns bgn awl. Tdo lmbt pun bgn lmbt jgk. Inilah pengorbanan seorg ibu. Muahahaha..
Nzem skrg da pndi ckp. Tp xlancar la. Sy xbimbang lg. Wpn die ckp byk sy xfhm, tp sy tau yg die bole dan nak becakap. Yelah. Nazeem ni mmg lambat bcakap compare to rakan sebaya die. Tp xpela. Take ur time syg. There's nothing wrong. Best jgk ble die da pndi sembang. Byk aksi2 comel die tambah2 ngn suara yg super cute die tu. Happy sgt! Pnh tu die suruh sy lukis gbr excavator. Sy ckp kat die,sy xpndi lukis. Die ckp "nang je bu" (senang je bu). Kagum gle sy! Byk lg. Tp xdpt fikir pg2 bute ni. Ok lah. Tdo dl. Nanti2 smbng lg. Nite2.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, June 5, 2011
Entry buang masa
Alamak.. da type 1 perenggan dah. Tp, idea belum dtg gak nih. Mungkin sbb belum mandi kot. Hehe~ sy g mandi dulu lah.
Monday, May 30, 2011
♥Home♥Shweet♥HomE♥
Biasalah, bermula dr kat opis la. Kakak kerani cite die baru beli umah. N umah die sgt cantik. Dari situ da ade bibit2 tingin. Pastu, asal cite je kuar cite rumah, asal cite je kuar cite rumah. Then die ade mention yg kalu nak beli umah, harga umah makin naik.. n masa umah tengah dok buat pon harga umah ikut peringkat2.. kalu dapat beli masa open for registration lg bgs. So, secara kebetulan., kawasan yg kitorg dok lalu hari2 tu ade la iklan open for registration. Sy pon cakap,”bg. Jom kite beli umh ni nak?” pastu Mr. Hubby pon mcm.. jomlah.. Developernye adelah company Mr.Hubby dok keje skrg. Cuma, Mr.Hubby keje bidang plantation. So, sure dapat additional discount utk staff kan. Sejak hari tu, iaitu sebulan yg lepas, Mr. Hubby mengambil langkah pertama dengan menelefon developer utk menanyakan harga. Bayangkanla. Banner ape pon xnaik lg. Haha~ Hanya Nampak tapak yg dorg tengah clearkan. Tanah kelapa sawit. Pas call tu, da tau harga n decide2 la nak yg mana. Then, hari lainnye, Mr. Hubby g office developer n tgk sumer. So, die bayar duit booking! Haha~ Mcm mimpi pon ade. Mmg kitorg btol2 go wif the flow lah! Pastu prepare2 document nak wat loan sumer, jupe lawyer sumer dah. Erm.. sy tau mintak je.. sian Mr.Hubby. Die yg kuar duet sumer. Huhu~ Sy mana ada duet. Sumer sy da wat joli. Sigh~ So, skrg, loan da approved!
Alhamdulillah.. Erm.. tau tak.. dalam masa xsampai 3weeks, harga umah yg kitorg beli ni da naik RM40k dari harga yg kitorg beli! Phew~ Nasib booking awal :)
Ni la umahnye. :) I ♥♥♥ it sooooo much! Of course la umah intermediate. xmampu nak beli corner lot. Beza 100k between umah intermediate n corner lot. Umah ni kat Bandar Seri Coalfield. Kat simpang Puncak Alam-Ijok.Coti di hari ISNIN
Sepanjang Nazeem kene chicken pox ni, die xcranky sgt pon. Just, mcm biasa.. nak saya berkepit ngn die jelah. Ada 1 mlm tu je die xleh tdo sbb gatal. Tp, hari lain die ok je. Amazing sgt! Byk sgt bende nak cite. Tp, masa ade sikit je. Owh.. sepanjang Nazeem kene chicken pox ni, die xlalu mkn n minum susu sgt. Seriously, sy xtau knp :( kurus da die.
Papepon, I thank ALLAH sbb bg peluang sy jaga nazeem wpon selang seli dgn MR.Hubby. Sebab sy xkeje ngn company sendiri. Hahah~ kalau keje sendiri selamba je sy amik cuti sampai Nazeem sembuh!

argh.. berparut!!
Tuesday, April 5, 2011
Pencarian kasut bermula
Monday, April 4, 2011
Caring ke?
Sharing is caring!
DVD
Dalam entry yg ini, sy xnak ckp pasal nursery, tp nak ckp pasal masalah die blm pandai cakap. Mcm sy ckp sblm ni, nazeem faham kebanyakan ape yg sy cakap kat die. Just die berat mulut nak sebut. Die lebih suke buat bunyi. Kalau nak mkn ayam, die wat bunyi ayam, nmpk kapal terbang die wat bunyi kapal terbang.. mcm pelik la jugak. Kalau bende tu xde bunyi? Kan ssh sy nak faham ape die nak. Pastu die amuk la kalau xdpt. Pastu, satu hari, masa blogwalking, tersinggahla kat blog ni. Die ade cite pasal dvd ni. Anak die suke tengok. Sgt2 la menarik perhatian sy. Untuk sy cr entry die balik tu, xlaratlah. Kalau ada masa, sy carikan ye. Tp, sy da link kan blog die. So, kwn2 leh baca2 kat situ. Best jugak blog die.
So, sy pon start lah googling tentang dvd tu.. jumpe! Kebetulan weekend tu, Mr. Hubby cuti, so, leh la ajak die g kedai tu. Kalau x, terpaksa beli online je lah. Kitorg g beli kat One Baby World. 1st time g kedai tu sndr. Padahal, kat kedai2 baby lain pon ade. Tp, nak g situ gak sbb mcm best. Mmg best pon. Hilang pertimbangan sekejap masa jejak kaki kat situ. Haha~ sy mmg suke shopping barang2 Nazeem.
Memula nak beli Your baby can read je. tp, rs mcm yg brainy baby tu pon mcm bgs jugak. so, beli je lah.
So, da beli DVD tu, semangat la nak bg die tgk. Org kat kedai tupon ade cakap, slow2, jgn drastic sgt nak paksa2 die. Mmg pon. Sy wat pendekatan, mule2 tgk DVD tu dl..then as a reward, sy akan pasangkan cd lain yg die suke. Sbb hari tu ade beli 3 cd sampingan kat die. Yg 2 tu mmg xberfaedah lsg lah. Tp, Nazeem sgt suke ok. Huhu~
Nak cite sebenarnye, pas tgk DVD ni, Vol 1 je baru (ada 5 dvd sumernye). Dalam seminggu, die tengok sambil main la tapi. Pada suatu hari, die pandai sebut AYAM! Haa…. Bahagia rasanya. Hehe~ so, harap2 pasni, nazeem leh sebut banyak lag perkataan! Hehe~
Nila CD sampingan yg saya beli kat die (sorry, xrotate). Memandangkan die sgt suke kenderaan kat tapak construction, so, rsnye die akan suke la cd ni. ade crane, excavator, lorry.. Mmg pon die suke. Good! xla rugi. kalau x, sblm ni asyik tgk upin & ipin je. haish~
tapi, tau x ape yg die plg suke? yg wat sy hangin seluruh badan sbb die tengok cite ni non-stop.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sigh~
1. Hari ni sy start pakai uniform. Baju sy besar ok! Sgt sakit hati!! Seluar pulak..masa dapat2 panjang.. then sy g anta kedai potong, jd singkat pulak. Argh!!!! Skt hati sgt2!!!
2. Kasut lak..lg la menyakitkan ati. Ade kot 20x sy terpeleot. Pdhl sblm ni hari2 pakai high heel, xpnh pon terpeleot. Ni, baru pakai sehari, da terpeleot byk2 kali. Plg skt hati, terjatuh dpn org ramai. Terpeleot dpn org ramai dah sgt2 memalukan.. ni, jatuh dpn org ramai????
Ni la gambar kasutnye. tgkla..xtinggi mana pon kan? ni kasut kerajaan bg. tp design xbtol! (ko sorg je pakai asyik jatuh natasha oi..)
Ni yg kat bahu. Namanye apollette. ejaan xsure btol ke x. malas nk tgk buku. patutnye wat la bende ni ikut size kan???? bukan semua manusia sama size.. ade yg kecik molek mcm sy. ada ke patut, semua 1 size.. akibatnye terkeluar la dari bahu. macamana sy xhangin??? nak g keje pon xconfident bile pakaian kite pon nth pape.kan?Isnin yang menyakitkan hati!
Thursday, March 10, 2011
Meroyan III
Perlu ke jaga perasaan org sekeliling dan terus biar pompuan bodo tu menyakitkan hati aku tanpa die rs skt hati jugak? Mcm xadil. Knpla pompuan bodo ni wujud dlm hidup aku?
28
Tq kat kawan2 & family yg wish kat sms & FB. Tahun ni kurang berbanding thn lepas. hehe.. Mungkin ramai yg dah meluat kat sy dgn status2 sy, so dorg da xsuke sy.Maybe la. xpon sbb sy pon jarang wish dorg so dorg pon xwishla kat sy. hehe~
pasal status2 sy kat FB..sy tulis ikut suke hati sy. Kebanyakan tentang diri sy dan Nazeem shj. Sy mana tau ade yg meluat kan? tp..knp nak meluat.. die lg kaya dr sy..lg vogue the vase dr sy...ade bende yg sy ade die xde ke? tet!!! g la beli!! ko kan kaya! ade sy kesah? tp..org yg meluat kat sy tu mcm xsedar yg status die pon menjengkelkan jugak. tp..sy xpnh nak sound2 la. sbb bg sy, fb die, suke ati la die nak tls pape pon. paling2 pon sy bc status die, sy cakap kat husband or cakap dlm hati yg gile poyo org ni. tu je pon. xde pulak nk simpan dlm hati sbb rs mcm buang masa dan tenaga je nak fikir hal status die tu. xde kene mengena pon. tp, kalau da korg nak meluat jugak, sy syak, korg jeles la kat sy yg xbape hebat sgt ni. hehehe~ lain mcm je bunyi nye nih. hahah~ xpe. MUNGKIN leh cite hal ni dlm post lain. Kalau rajin. eh?
Ape yg aku da achieved pada usia 28thn? Erm..
1. Paling bersyukur dikurniakan seorg suami yang sangat2 baik! Hampir perfect! Sbb ape hampir? Sbb perangai sejati/standard kaum lelaki ade je dlm diri die. Hahaha~ da nama pon lelaki kan. Begitu penyabar melayan kerenah sy yg sgt melampau ni. Thanks abg! Allah je dapat balas budi abg..nge~ tq ek for the besday gift n dinner! (padahal hr2 dinner pon die byr gak.hahha..) yelah. Smlm dinner sempena besday sy. Kene ckp tq la. Hari2 tu dinner hari2. Bole?
2. Juga bersyukur dengan kehadiran NAZEEM ZARIFFUDIN! Si comel mashem ibu! Setiap detik rindu die. Wpon kadang2 perangai die menghanginkan seluruh badan sy. Sy tetap syg die sangat2 lbh dr nyawa sy kot. Mestila sy pnh marah die kan. Xkan xmarah lsg. Nnt die xtau yg mana slh yg mana btol. (tp, marah pon, die mcm xfaham je) haish! Adik ajeem?? Haha~ ce tanye ajeem. Die nak adik x? hahaha~ die xnak ok… sy xpnh ajar pon. Die sndr yg taknak. Abah die je skrg tgh dok sebut adik ajeem hari2. Hehehe~ teruskan usaha memujuk ajeem ek bg ;)
3. Sangat bersyukur kehadrat Ilahi juga sbb telah memberikan sy pekerjaan yg stabil. Wpon xcukup gempak, tp, sy da cukup dah mcm ni. Nanti2 nak lebih, sy akan usahakan la. (gile xde matlamat kan?) hehe~ xdelah.. baru je dapat kan. Appreciate la dulu. Keje nip on ade je peluang naik pangkat. Maksud sy, lbh baik sy focus nak Berjaya dlm bidang skrg dari sy berangan nak keje sndr nak jd kaya raya. Buat masa skrg la. Nanti2 kalau s yrs nak msk line business.. mungkin sy akan masuk.. sampai seru.. kan? Buat masa skrg..sy sng ngan kedudukan skrg. p/s : sy benci penjual insurans/unit trust! Bukan semua. Mereka yg mulut mcm longkang je.
Itu je ke pencapaian sy? ok kot. Sbb sy rs, hidup ni..keluarga & kerjaya ja kot yg plg penting. Kalau ade pencapaian extra tu bgs la. Kan. Sy mmg cenggini. Sederhana je. Bab shopping je xleh nak sederhana. Hahaha~
Ade ke pg td Mr. Hubby tnye sy soklan skema gile. Ape azam sy sempena besday. Hehehe~ tp xpe. Sy jawab jugak. Sy cakap kat die, sy berazam xnak malas. Die cakap, jgn cakap mcm tu. Cakap, nak jadi rajin. Hehe~ ok. Ayg berazam nak jd rajin ye bg. Pastu terus die suh sy cuci baju. Hahaha~ pdhl ms tu sy kat opis. Tgh berjalan nk g kantin nak makan. Lapo. Nak jd rajin tu sbnanye ade dlm list azam tahun baru sy. So, sy rasa, azam birthday = azam thn baru 2011 la kan. Settle.
Wednesday, March 9, 2011
Lempang
Nazeem : (geleng kepala sambil wat muka action)
Ibu : Nazeem syg abah x?
Nazeem : (geleng kepala dan muka action lagi)
Ibu : Nazeem nak kene lempang x? (nada lembut)
Nazeem : (pandang sy dan geleng sambil menangis)
Maksudnye, die tau maksud LEMPANG! Sy sgt hairan.. sy xpnh ajar die ape itu lempang. Mcmana die tau???
down );
Sy ni jns org yg ssh nak let go sst. Nthla. Da mmg lahir mcm ni. Kdg2 org rs bende tu hal kecik. Tp besar bg sy. Tambah2 hal tu melibatkan duit. Hehe~ ye. Sy kedekut. Kedekut tp boros. Boleh x?
Selagi xsettle, otak sy dok teringat. Argh.. Sy hny mampu berdoa kat Allah supaya die tenangkan hati sy.
Tuesday, March 8, 2011
Meroyan lagi
Mcmana la nak bahagiakan ank bujang sy tu. Kwn2 sy mesti semua da tau. Sy dok meroyan kat fb psl nazeem dok bising kene cubit n pukul ngn acik die (penjaga). Sy pulak dlm dilemma. Mcm2 dilema la.
Dilema 1
Sy percaya yg nazeem xreka cerita. Sbb nazeem ni bercakap pon sepatah2 je. Xmungkinla die pandai nak reka cite kan. Persoalan yg bermain dlm fikiran sy, acik tu pukul anak die sndr ke pukul ajeem. Sbb bile sy tnye ajeem, ajeem asyik cakap.. Cikk..bit…aaaciiiikk…
Dilema 2
Nazeem ni mmg manja. Nth ke acik tu pukul sikit die da rs sedey. Yelah. Ibu abah die xpnh wat die mcm tu. Bile org lain wat, die sensitive lebih la.
Dilema 3
Kalau sy tny kat penjaga tu… boleh ke die terima? Mana tau die xwat, die mesti rs marah bile nazeem cakap bukan2 pasal die. Kalau betul die wat, die pon akan rasa marah sbb nazeem mengadu kat sy. Bile die simpan dendam kat nazeem, kan ke lg mengeruhkan keadaan?
Sy btul2 xtau nak wat ape. So skrg sy dok riki2 nursery lain. Tu pon sy xsure itu tindakan btol ke x. Sigh~ otak sy xsng. Sy nak nazeem happy. Sy xsgp nak wat die sedey. Sy nak die g nursery dgn perasaan yg happy. Bukan rs tension.
Mmg sy akui, sy xrasa penjaga skrg tu mcm bgs sgt. Yelah, nak perfect, jaga sendiri la kan. Cuma.. Xde lg bende yg teruk die wat leh naikkan kemarahan sy. Kecuali kes ni lah. Lgpon, perangai bangsa ni, sy tau mcmana. Owh. Die bukan bangsa melayu tulen tau. Biarlah rahsia bangsa die. Tp, Islam la.
Semoga Allah bg sy kekuatan dan sentiasa melindungi Nazeem.
Tuesday, February 22, 2011
I am Touched!
Ibu : jap g ibu nak g work ye...
Nazeem : angguk.
Ibu : Nazeem dok umah ngn Abah ye hari ni. Hari ni Abah cuti.
Nazeem : na nak...(geleng2 kepala)
Ibu : xnak? then, nak g umah acik? (penjaga kat taska)
Nazeem : na nak... (geleng2 lg)
Ibu : pas tu, ajeem nak dok ngn sape?
Nazeem : iiiii bbuuuu... ( bibir muncung. cute!)
Wednesday, February 16, 2011
Ulcer
Gambar ehsan google :)

Friday, February 11, 2011
Merapu dengan lebih lanjut
Sebenarnye banyak bende sy nak cite. Tapi sbb terlalu banyak, sy xtau nak start. Salu kan sy tulis mcm ni. Sbb memang pon. Sy cite psl suasana office sy dulu lah ye. xbest ke? xpelah.. topic ni je yg kuar. Yg lain dok dlm otak xmo kuar2. Mcm sy ckp td, sy blm wat keje hakiki sy lg. So, xleh compare la keje sy dl sbg pencacai cha ya nun alif dan skrg pencacai kerajaan. Tapi sy dapat rasakan yg keje skrg lebih syok dr keje dl. tp, sy xkata keje skrg syok. :) gile kan?
Bangunan office sy ni buruk je. Sbb bangunan lama. Lagipon ini cawangan saya. Biasala kerajaan. Suke wat bangunan banyak2 dlm tempat yg sama. hehe.. Taburan staff kat sini, org tua sama byk ngn org muda. Kire ok lah. perangai pekerja kerajaan ni pelik tau. yelah. ni 1st time sy keje ngn kerajaan. sebelum ni pnhla jd cikgu ganti. tp, xlama sgt. xdan nak tau senario sebenar. tp, i guess org sini lg dasyat la kan sbb baru msk xsampai seminggu, sy da leh merasai keseraman org2 keje sini.
Perkara yg plg sy xsuke, dorg2 ni sangat2 busybody ok. sbb ape busybody? sbb dorg nak berlawan2 sape lg kaya. ok.. sy reka je yg dorg nak lawan sapa kaya tu. tp, seriously, mmg busybody tahap gaban.
Situasi 1
10.30 pg (dalam bilik opis) : A ternampak cincin di jari sy. Cincin kawen sy. Harus lah over sikitkan. (Husband sy paksa pakai menandakan yg sy da kawen sbb die jeles ramai org puji sy slim xnmpk mcm org yg da kawen) :8) A cakap " wah..cincin ko..xmengalah!" saya : er.. cincin kawen (muka malu)
11.00 pg (juga dalam bilik) : B masuk bilik dan terus tanya "kaaakkk.. nak tgk cincin kawen..". siap suh bukak n belek cincin tu nak cr tulisan kat belakang cincin tu nak tau emas apa.
sangat terkejut dgn aksi itu. seriously xpnh jumpe.
Situasi 2
H : Kak, g mkn mana td?
Saya : kat kedai tut. (kedai ni mknn mhl sikit dr kedai biasa, tp xla mahal sgt)
H : Dgn sape?
Saya : dgn Y and F (info : F kawen ngn ank org kaya).
H : F mkn lauk ape kak? (dgn nada menyibuk)
Serious sy xfhm. knp sampaikan org mkn lauk ape pon ko nk menyibuk? sy yg mkn ngn si F tu pon xperasan die mkn ape. lsg xterlintas di hati nk kesah ape die mkn.
byk lg situasi2 lain yg xpyhla nk cite. kalau rajin sy cite. :) sy kan malas.
Yang plg best, keje sini xdela risau2 bos nak marah sbb bos sy sgt baik. Dulu tpt keje lama salu pikir nak keje bg bos suke. :( mustahilla nak suke. keje mcmana pon, xkan sukenye..
alamak.. masa mencemburui sy. terpaksa stop kat sini. sorryla kalau boring. tengah belajar cara2 nak tulis bg best. sbb suke sgt baca blog org lain. nak jd mcm dorg gak.





