Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

blur

Akhir tahun. Risau. Tadi tengok kat FB orang pakat dok post gambar ikan kat laut kawasan lahad datu tiba-tiba bercambah2. Semoga Allah melindungi kita dari perkara2 yg tidak diingini.

Kan best kl jd mcm blogger2 tegar. Buka blog je dah tau nak tulis apa.

Monday, December 23, 2013

Rumah kami dah siap!

Ingat tak entry saya yang cerita dengan tawakal pi booking rumah? ceritanya klik kat sini.

Rumah tu dah siap dah June 2013 hari tu. :D cantik! Sekarang dah pasang lampu, kipas dan grill. Tinggal nak pasang curtain rail je.

Gambar semua dalam phone dan laptop saya. Nanti kalau rajin, sy upload ye. Ni ada satu gambar saya amik kat FB.



Sesiapa yang berminat untuk sewa, boleh call saya atau Mr.Husband ye. 0124311565 / 0124191565. Rumah ni kat Bandar Seri Coalfield. Between Ijok - Paya Jaras, Sg. Buloh.  Dekat dengan Latar Highway dan Guthrie Highway.

Muncul semula

Kenapa kalau nak buat azam tahun baru je saya update blog? kikiki.. Nampak saya muncul tu maknanya dah nak masuk tahun baru la tu kan. ;)


stay tune!

Samsung vs Apple

Nak buat posting review pulak. Tak penah nak review2 benda ni sbb jarang beli benda yg sama tapi brand lain2 dan kemudian buat perbandingan. Yelah. Kalau nak buat comparison, better try dulu baru buat comparison review. Ye x?

Ceritanya macam ni, masa mula-mula keluar tablet samsung dulu. tak ingat la tahun bila. 2010 ada? ke 2011. Masa tu keluar Samsung Galaxy Tablet 10.1. Actually saya mencari mobile VCD player. Nak bagi ajeem tengok. Ye lah. Dia kan suka tengok Ultraman. Jadi, ingat nak beli la VCD player yang kita boleh bawa kemana2. Senanglah sikit Ibu dia nak shopping kan. hihihi.. Masa tu jalan2 la kat Digital Mall, PJ. Jumpa pulak Tablet Samsung tu lah. Hati pon terberkenan. Kiranya masa tu mmg tak ramai pon lagi yang beli Tablet ni. Kira saya antara yang terawal la beli. :D Fikir2, ajeem leh tgk youtube kat dlm tab tu. So, serve the purpose jugalah. Mr. Husband pon approved beli tablet tu. 


So, gunalah tablet tu. Actually Ajeem la yg banyak guna. Tgk youtube, tgk upin ipin. kitorg download je cite upin ipin & ultraman dalam tu. so, kalau takde Internet pon, leh tengok jugak. Dia download game. Main game. Sampai sekarang pon still guna tablet tu. Ok la. Memang kitorang takde masalah pon. Pastu December 2012, Mr. Husband belikan saya Note II. Masa tu pon Note II baru kuar gak. After a few month, Mr. Husband pon rembat satu lg Note II utk diri dia sendiri.
Tapikan, sejak 2013 ni. Ramainya orang dok agung2kan iphone dan ipad. Memang ada orang cakap, kalau nak bergaya boleh pakai Apple, kl nak lebih practical pakai Samsung. Tapi, mana tahan kan, kalau surrounded by org yang pakai Apple and doookk la cakap pasal Apple bagus.. bla..bla..bla.. Even Nazeem yang taktau pape pon doookk la request nak Ipad lepas die main Ipad pak Jang dia. Haish~
Sempena birthday Ajeem yg ke5 Dec 2013 hari tu, kami beli la Ipad Air. Pon, Ipad Air ni hanya beberapa hari je berada dalam pasaran. hihihi..



Sorrylah, panjang2 korang baca. Point penting hanyalah dalam paragraph ini. hihihi... Saya baru sangat la pakai Ipad Air tu kan. Tak sampai sebulan lg. Tapi, setakat ni, saya tak nampak lagi kelebihan Ipad Air ni. Apa apps yang FREE semua samsung leh bagi FREE. Banyak yang samsung bagi free tapi Ipad kene bayar. Ok. Ipad sy tak jail break. So what? Sy tak perlu void waranty my samsung utk dapat apps yang sy nak. Kalau apps education dalam Apple, kebanyakan yang free semua tak full. Kalau nak full, kene beli. Samsung pulak yang mana free, free lah. xdenya nak bagi free separuh2.
Saya juga rasa Ipad ni macam tak user friendly. Maybe banyak benda saya kena belajar lagi. Mungkin saya dah lama pakai Samsung? Kalau saya jumpa kelebihan Ipad, pasti saya akan buat satu entry berkenaannya ok?

Yang pasti, gadget2 macam ni banyak bantu saya. Kenapa? sebab saya jual Shaklee. :)

Saya adalah Shaklee Independent Distributor anda (ID:906219) utk COD area IPOH, HUTAN MELINTANG, TELUK INTAN dan penghantaran seluruh Malaysia. Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee tidak kira untuk tujuan apa sekalipun, anda boleh dapatkan daripada saya, wakil pengedar sah anda. Pastikan original. Pembelian daripada saya berhak untuk mendapatkan exclusive consultation dan exclusive jadual pemakanan. 012-4311565 Visit us at FB : Vitamin For Me and You @ blog :http://www.vitaminformeandyou.blogspot.com/

Friday, August 2, 2013

Hi. Saja je nak boh gambar. Nak kata terbaru, tak juga. Tapi gambar tahun ni la. Tak ingat bulan berapa.

Me Nyawa & Me 

Jurugambar takde gambar die. :) Itu je lah. Boleh? hihi...

Wednesday, July 31, 2013

USB Cable

Pagi ni dengan semangatnya nak try transfer gambar pakai USB cable original yg NoteII punya. Guess what? Boleh transfer hokey! Laju ja. sigh... xsangka. Sebenarnya, USB cable ni lain2. hihihi.. ade yg untuk charging je kot kan. Well, it is a new knowledge for me. :D

Tak boleh transfer gambar

Masalah IT kedua untuk saya malam ni. Buat saya tak boleh tidur. Jam sudah pukul 3 pagi.

Saya tak boleh nak transfer gambar dari Note II saya ke laptop. Pastu, takboleh bukak gambar dari laptop pulak. Kata format  tak support. Saya syak sebab USB cable. Saya guna yg saya beli kat kedai. Yang cikai punya.Yang original adik saya pinjam. Sigh~  Boleh ke sebab USB cable?
Saya try bluetooth. tetapi nampak gaya, die mintak permission untuk every gambar. Gile. Saya ada 2,000 lebih gambar kot.
Pastu saya try install dropbox. Saya tengok, proses transfer dari Note II ke dropbox pon macam siput je. Sebenarnya saya tak puas hati kenapa tak boleh transfer gambar2 dari NoteII sy ke laptop. Esok saya wajib test pakai cable original tu.

22 Ramadhan 1434 / 2013

Bila dah mula menaip, rasa syokla pulak. Sangat lama blog ini saya tinggalkan. Saya pon tidak mengharap orang ramai untuk baca blog saya ni. Saya anggap blog ini macam diary saya. Walaupun tidaklah macam diary sangat sebab update pon skip2. Tapi,not bad juga. Bila saya baca balik entry lama2, buat saya mengimbas balik kenangan lama. Ok jugakla. Tambah2 cerita masa Nazeem kecil2 dulu. Well, sekarang Nazeem dah 4 tahun 8 bulan. Dia dah sekolah pon. Cepatnya masa berlalu. Tak puas rasanya melayan kerenah dia masa baby. Sekarang dia dah besar. Dah pandai macam2. Terus terang, sangat bangga mempunyai anak seperti Nazeem. Dia ada juga perangai yang buat saya risau, tapi tidaklah serius mana.

Seperti tajuk di atas, sekarang bulan Ramadhan. Dah nak raya pon tidak lama lagi. InsyaAllah. Saya tak ingat saya ada cerita mengenai Ramadhan saya tahun lepas atau tidak. Tetapi, saya nak bagitau yang tahun ni tahun kedua saya mengharungi Ramadhan jarak jauh dengan suami saya. Baju raya kami anak beranak dah siap dah saya prepare dari sebelum puasa lagi. Bukan apa, bulan puasa kalau nak shopping, takut tak larat. Rupanya, steady je puasa kali ni. Last week pegi tawaf One Utama tu, tak penat lansung. Sudahla tak sahur hari tu. Kitorang tak beli pape pon sangat. Sebab dah beli semuakan.Tapi, adalah beli sikit. Mr. Husband beli T-thirt, 2pair seluar tido dan saya beli stokin. Semua tu beli kat UNIQLO. Lebur jugak RM200 lebih.
Pastu, rasa masa berlalu cepat sangat. Tup2 dah 22 Ramadhan. Nasib dah prepare awal2. Kalau tak, mau terkejar2.(Baju raya ja pun yang nak kena prepare)

Oh. Memandangkan memang sangat lama saya tidak update blog ni. So, memangla banyak sangat cerita yang saya nak cerita. Nak letak gambar tapi gambar banyak dalam handphone. So, nak kene transfer dl ke laptop. Boleh je kalau nak tulis dari handphone. Cuma renyah sikit la (kata renyah sebab tak pernah try).Saya nak transfer gambar2 dari handphone ke laptop lah. Nanti kalau rajin, saya upload satu dua gambar.

SHAKLEE : IPOH, TELUK INTAN, HUTAN MELINTANG, SABAK BERNAM

Saya adalah Shaklee Independent Distributor anda (ID:906219) utk COD area IPOH, TELUK INTAN, HUTAN MELINTANG, SABAK BERNAM dan penghantaran seluruh Malaysia.
Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee tidak kira untuk tujuan apa sekalipun, anda boleh dapatkan daripada saya, wakil pengedar sah anda. Pastikan original. Pembelian daripada saya berhak untuk mendapatkan exclusive consultation dan exclusive jadual pemakanan.


Sesiapa ingin menyertai saya sebagai ahli Shaklee tidak kira untuk kegunaan sendiri atau untuk menambah pendapatan boleh menghubungi saya. InsyaAllah, kumpulan saya mempunyai banyak pemimpin2 yang tidak kedekut ilmu malah sentiasa membantu. Bukan sahaja dapat ilmu tentang produk, marketing dan sales malah boleh juga dapat ilmu rohaniah.  


Boleh melawat blog shaklee saya di alamat 
dan like fan page saya di

Cuak sekejap

Tadi try view blog ni. Terkejut sebab tak boleh! Refresh 50x. Try guna mozilla, try guna chrome, try lagi guna IE. Pon tak boleh jugak. Bila type address, kuar website oggix.net. Cakap domain name dah expired. Kalut. Tak pernah tahu yang blogspot ni boleh expired. Ada tulis log in to renew. Walaupun was2.. teetap log in... tp, xjadi pape jugak. die cakap password and username  tak match. So, try la google. Ape benda la oggix.net ni. Rupanya, oggix.net ni shout box yg ada kat template blog ni.
Macam mana nak buat bagi boleh view balik blog ni. Tgh2 malam ni datang idea. Try remove shoutbox tu dari template. taada... dah boleh view balik. yeay! Bijak jugak otak I pagi2 buta ni kan ;)

Wednesday, June 12, 2013

Kembali

Saya cuba, untuk kumpul kekuatan untuk menulis blog kembali. Tolong doakan saya dikurniakan kekuatan dan hidayah serta idea untuk coretan saya.
Saya mengimpikan sebuah blog yang ilmiah. Pada pendapat saya, kalau saya tulis pasal diri saya pun, tiada apa yang menarik. Lagipun saya ni bukanlah retis. Tiada siapa nak tau pasal hidup saya. Impian saya tu, agak sukar dilaksanakan kerana saya ni bukan lah jenis ilmiah sangat pon. Saya akan cuba menulis 1 post ilmiah out of 10 post yang lagha.
Jumpa lagi deh.